A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
PUAN IZZATUSSOFIA BINTI BAHARUDIN
JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
izzatussofia
BM
EN

Siapa senior..?

- 22 Nov 2019
Sebelum saya ambil darah ni, saya nak tanya.., siapa paling senior dalam ni?

Aku pandang SN Ita, SN Ita pandang aku, Encik.. kami berdua baru.., sorang baru kerja di PKU, sorang lagi da lama kerja, tp baru je di tambah job spec untuk ambil darah..

Susah la macam ni.. Bukan apa, saya ni susah nak ambil darah.., sebelum ni pun, saya ambil darah.. doktor siap buat apa ni.. sambil menggayakan tangannya di perut, yang doktor selalu buat kt ibu mengandung tu..., Ultrasound..?aku mencelah.. haa, sampai doktor buat ultrasound cari urat saya.

“Fuh.. hebat betul doktor tu, siap berultrsound bagai..., ambil darah je pun“ aku bermonolog.. sambil berselawat, dan memohon kepada Allah supaya dipermudahkan untuk ambil darah pesakit.., aku pasangkan torniquet,
dan laju jari ku lari mencari urat dipelipat lengan pesakit.., terasa kekenyalan urat di pelipat lengan pesakit.. rasa ni encik urat encik.., saya cucuk sini ye.., sambil aku siapkan peralatan untuk meneruskan proses mengambil darah.

Dengan sekali cucuk, menderu darah masuk dalam syringe.., dengan pantas aku menarik picu syringe sampai ke takat 5ml. Alhamdulillah rezeki encik ni.. cucuk sekali je.., tengok tu.., darah encik da keluar.

Siap je aku tarik syringe dan tampalkan micropore beralaskan kapas bagi tujuan membantu menghentikan pendarahan, tiba-tiba.. saya rasa nak muntah la dik...
encik.. tu sinki di sebelah. Blueeekkkk.... blueekkk..terus aku dan SN Ita lari keluar dari bilik phlebotomist. Hahahaha.. rupanya encik ni mabuk darah.

Pesanan khidmat masyarakat: sekiranya anda mabuk darah, sila beritahu kami awal-awal untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku. Nasib baik dalam bilik ni ada sinki.., masak la petugas kebersihan nak cuci sinki yang penuh dengan muntah😅. Sekian.


BLOG
1346
paparan
sejak 22 Ogos'19