A
PROFILE
UPM's Staff Profile
CIK NOR AZIZAH BINTI ISMAIL
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
JABATAN CANSELERI
i_norazizah
BM
EN

UPM rangkul emas, Anugerah Khas di MTE 2020

- 22 Jan 2021
Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkul dua pingat emas, empat perak dan lima gangsa, serta anugerah khas Association of British Inventors and Innovators pada The International Expo on Inventions and Innovations – Malaysia Technology Expo 2020.

Prof. Madya Dr. Nazlina Shaari (Fakulti Rekabentuk dan Senibina) memenangi pingat emas dan Anugerah Khas Association of British Inventor and Innovation bagi teknologi iaitu Adaptive Wear for Disabled Elderly, pakaian yang direka khas untuk orang kurang upaya fizikal dan bagi pengguna yang mengalami kesukaran dalam berpakaian. Pakaian itu mudah digunakan dan mempunyai petak khas untuk pek sejuk dan pek air kencing.

Pingat emas juga dimenangi Profesor Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit (Fakulti Kejuruteraan) melalui inovasi Development of Thermally Stable Polycrystalline Photovoltaic Module Based Novel Biocomposite Materials.

MTE 2020 diadakan dari 20 hingga 22 Februari lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Ia dirasmikan Menteri Keusahawanan dan Pembangunan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

UPM menghantar 11 penyertaan bagi dua kategori iaitu Invention and Innovation Awards dan Public Service Innovation Awards, pada MTE 2020 itu yang turut disertai oleh universiti, agensi penyelidikan, institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, syarikat dan sekolah di dalam dan luar negara.

Disediakan oleh: Nor Azizah Ismail

read by
1159
RANDOM IMAGE
LATEST ARTICLE
UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019
UPM Rangkul 3 Emas dan Anugerah Khas HomeDec di ITEX 2019
Inovasi Grafintok Tingkat Prestasi Enjin
LATEST BLOG