A
PROFILE
UPM's Staff Profile
CIK NOR AZIZAH BINTI ISMAIL
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
JABATAN CANSELERI
i_norazizah
BM
EN

UPM - FELDA rintis 6 kerjasama pintar pertanian

- 22 Jan 2021
FELDA dan Universiti Putra Malaysia (UPM) merintis enam kerjasama pintar untuk menyokong agenda sekuriti makanan negara dan melahirkan usahawantani yang mampu meningkatkan pendapatan peneroka FELDA.

Enam program kerjasama FELDA yang diketuai pakar dari UPM ialah Program Pembangunan Usahawantani, Lembah Lembu Pedaging FELDA, Program Diversifikasi Tanaman FELDA, Aplikasi Pertanian Pintar dalam Peningkatan Produktiviti, Program Inisiatif Herba FELDA dan Projek Peningkatan Produktiviti Akuakultur FELDA.

Kesemua projek tersebut dapat meningkatkan keupayaan penghasilan dalam industri perladangan dan sekuriti makanan.

Memorandum persefahaman UPM-FELDA berupaya memperkembangkan kerjasama dan manfaat penyelidikan antara kedua-dua pihak.

MoU itu ditandatangani oleh Prof. Datin Paduka Setia Dato' Dr. Aini Ideris bagi UPM, manakala Felda oleh Pengarah Besarnya, Dato' Dr. Othman Omar telah disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di MRSM FELDA Trolak, sempena Sambutan Hari Peneroka FELDA 2020 Peringkat Kebangsaan pada 7 Julai 2020.

Turut hadir ialahTimbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Idrus.

Dalam program usahawantani yang dicadangkan oleh UPM, dijangka peneroka yang terlibat akan dapat meningkatkan kecekapan dalam bidang keusahawantani yang diceburi melalui amalan pertanian baik menerusi bimbingan dan khidmat nasihat daripada pakar UPM.

Perdana Menteri yakin kerjasama UPM – Felda mampu membantu melahirkan para usahawan Felda yang berjaya, mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan meningkatkan pendapatan peneroka FELDA.

“FELDA dengan kerjasama UPM akan mengenal pasti 15 projek keusahawanan bernilai tinggi untuk dilaksanakan di kawasan rancangan FELDA dengan penglibatan warga FELDA,” kata Perdana Menteri.

”Kerjasama ini mensasarkan 3,170 usahawan baru dalam tempoh 5 bulan dengan menggunakan fasiliti di Fakulti Pertanian, UPM,” ujar beliau.

Perdana Menteri turut melancarkan program Lembah Herba FELDA yang turut selari dengan cadangan UPM bagi Program Inisiatif Herba FELDA.

Disediakan oleh: Nor Azizah Ismail


Berita UPM
read by
841
RANDOM IMAGE
LATEST ARTICLE
UPM-UDPS KOMERSIL INOVASI PENYINGKIRAN MERKURI
UPM - FELDA rintis 6 kerjasama pintar pertanian
UPM receives prestigious Clarivate South and Southeast Asia Innovation Awards
LATEST BLOG