A
PROFILE
UPM's Staff Profile
CIK NOR AZIZAH BINTI ISMAIL
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
JABATAN CANSELERI
i_norazizah
BM
EN

UPM Rangkul 6 Emas di ITEX 2020

- 19 Jan 2021
UPM telah merangkul 6 pingat Emas dan 2 pingat Perak serta 2 pingat Gangsa di pameran dan pertandingan R&D sempena 31th International Invention & Innovation Exhibition 2020 (ITEX 2020) yang diadakan secara dalam talian pada 20 hingga 21 November 2020.

ITEX yang merupakan pertandingan R&D ini kali pertama diadakan secara dalam talian sepenuhnya dan penjurian berdasarkan video teknologi yang telah dihantar.

Menurut Timbalan Pengarah (Promosi dan Pengkomersilan Inovasi) PSP, Prof Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, UPM telah menghantar 10 penyertaan pada pameran ITEX kali ini yang turut disertai oleh universiti, agensi penyelidikan, institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, syarikat dan sekolah di dalam dan luar negara.

"UPM berjaya memperoleh kejayaan 100% penyertaan memenangi pingat pada ITEX 2020 yang disertai oleh lebih 500 penyertaan dari 15 negara ini" katanya lagi.

Majlis perasmian ITEX 2020 juga telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr Robiah Binti Yunus (Fakulti Kejuruteraan) yang memenangi 2 pingat Emas bagi teknologi berkaitan industri kelapa sawit, dan juga Prof. Ir. Ts. Dr. Thariq bin Haji Hameed Sultan (Fakulti Kejuruteraan), Ts. Dr. Mohd Shahrizal bin Dolah (Fakulti Rekabentuk dan Senibina), Dr. Ahmad Haniff Jaafar (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan) dan Dr. Latifah Omar (UPM Kampus Bintulu) masing-masing telah memenangi pingat Emas.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penyelidik UPM yang telah dianugerahkan pingat masing-masing pada majlis pengumuman pemenang yang diadakan secara dalam talian.

read by
604
RANDOM IMAGE
LATEST ARTICLE
UPM-UDPS KOMERSIL INOVASI PENYINGKIRAN MERKURI
Penapis Air Kecemasan Ketika Banjir
UPM - FELDA rintis 6 kerjasama pintar pertanian
LATEST BLOG