Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025
- 23 May 2025
Tajuk Acara: Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025
Tarikh: 20 – 24 Mei 2025
Tempat: Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi, Kedah
Peranan: Pensyarah Pengiring, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2025 merupakan pameran antarabangsa yang mempertemukan pelbagai pemain industri dalam bidang pertahanan, aeroangkasa, dan maritim. Acara ini menawarkan platform utama untuk pendedahan teknologi canggih serta inovasi terkini kepada para peserta. Dalam konteks ini, delegasi Universiti Putra Malaysia (UPM), seramai anggaran 60 pelajar, telah mengikuti lawatan sambil belajar ke LIMA 2025 dengan menggunakan dua buah bas.
Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang menyaksikan demonstrasi udara dan laut, melawat reruai pameran dari syarikat tempatan dan antarabangsa, serta berinteraksi dengan pemain industri. Pendedahan ini memberikan gambaran jelas tentang aplikasi dunia sebenar serta potensi kerjaya dalam bidang berkaitan, selaras dengan pembelajaran mereka di peringkat universiti.
Penyertaan ini bukan sahaja memperkaya pengalaman akademik pelajar, tetapi turut mengukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dan industri, ke arah pembangunan modal insan yang lebih kompeten dan berdaya saing.