6th Engineering Research Symposium (EUReS)
- 16 May 2025
Tajuk Acara: 6th Engineering Research Symposium (EUReS)
Tarikh: 24 April 2025 (Khamis)
Masa: 8:15 pagi – 2:45 petang
Tempat: UOW Malaysia, Kampus Glenmarie
Peranan: Hakim Penilai Projek Tahun Akhir (FYP)
Simposium Penyelidikan Kejuruteraan ke-6 (EUReS) telah dianjurkan oleh School of Engineering (SOE), UOW Malaysia pada 23–24 April 2025 dengan tema “Synergizing Innovation & Engineering for a Carbon-Free Tomorrow.” Program ini bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai projek Tahun Akhir dan penyelidikan peringkat prasiswazah yang memfokuskan kepada cabaran kejuruteraan semasa dan kelestarian merentas pelbagai bidang.
Sesi penilaian FYP telah berlangsung pada 24 April 2025, bermula jam 8.15 pagi hingga 2.45 petang. Sepanjang sesi ini, para peserta membentangkan hasil penyelidikan dan demonstrasi projek masing-masing. Setiap penyertaan dinilai berdasarkan kriteria seperti inovasi, aplikasi kejuruteraan, potensi impak serta kemahiran penyampaian.
Program ini bukan sahaja menyediakan platform kepada pelajar untuk mempamerkan hasil penyelidikan mereka, malah turut membuka ruang untuk menerima maklum balas konstruktif daripada para profesional dan akademik. Secara keseluruhannya, simposium ini telah berjaya menyemai semangat penyelidikan serta memupuk pemikiran kritis dan inovatif dalam kalangan pelajar kejuruteraan.