Celestial Night Series: Astronomy Workshop and Observatory Visit
- 16 May 2025
Tajuk Acara: Celestial Night Series: Astronomy Workshop and Observatory Visit
Tarikh: 11, 18 & 25 April 2025 (Jumaat)
Masa: 5:00 petang – 11:30 malam
Tempat: Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Peranan: Pensyarah Pengiring
Program Celestial Night Series: Astronomy Workshop and Observatory Visit telah dianjurkan oleh Kelab Kejuruteraan Aeroangkasa, Majlis Perwakilan Fakulti Kejuruteraan (PEMAJU), Fakulti Kejuruteraan UPM, dengan kerjasama Bahagian Astronomi, UKM. Program ini berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 11, 18 dan 25 April 2025 di Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas dan aplikasi ilmu astronomi serta memberikan peluang untuk mengalami sendiri sesi pemerhatian langit menggunakan teleskop di balai cerap. Program ini telah menarik penyertaan pelajar dalam bidang kejuruteraan dan sains dari pelbagai institusi.
Antara pengisian utama program termasuk sesi bengkel interaktif, ceramah ilmiah berkaitan fenomena angkasa, pencerapan bintang (stargazing), serta lawatan ke kemudahan balai cerap. Para peserta juga didedahkan kepada penggunaan instrumen astronomi dan teknik asas pemerhatian langit malam.
Secara keseluruhan, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan minat pelajar terhadap bidang astronomi serta memberi pengalaman pembelajaran luar bilik kuliah yang menyeronokkan dan bermakna.