UPM Juara Pertandingan National Space Imaging Payload - Mission II
 - 31 Oct 2025
Pasukan Maverick04 dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan National Space Imaging Payload - Mission II yang berlangsung pada 29 Oktober 2025 di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Banting, Selangor, bersempena sambutan World Space Week October, Malaysia Chapter.
Kejayaan ini menandakan tahun kedua berturut-turut UPM meraih kecemerlangan dan kejuaraan dalam pertandingan tersebut, sekali gus menyerlahkan kekuatan universiti ini dalam bidang inovasi, kreativiti, dan kepakaran teknikal khususnya dalam teknologi angkasa.
Pertandingan ini telah dinilai oleh panel juri terkemuka yang terdiri daripada wakil CYBERNET Malaysia, Uzma Space & Defence, NTU Satellite Research Centre (Singapura), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), IEEE Malaysia ComSoc & VTS Joint Chapter, serta Perpetual Space Ventures. Pandangan dan kepakaran mereka telah menambah nilai serta meningkatkan lagi prestij pertandingan berperingkat kebangsaan ini.
Mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM), pasukan Maverick04 terdiri daripada pelajar tahun ketiga:
• Muhammad Adil Danial bin Mohd Arafat
• Luqman Adam bin Samsuri
• Nur Khalilah Firzana binti Khairuddin
Pasukan ini dibimbing oleh Dr. Hidayatullah bin Mohammad Ali dari Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM.
Tahniah sekali lagi kepada pasukan Maverick04 (UPM) atas kejayaan membanggakan ini dan kerana meneruskan legasi kecemerlangan serta inovasi UPM dalam bidang teknologi angkasa!