A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
DR. FAEZAH BINTI HASSAN
PENSYARAH PERUBATAN
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
faez
BM
EN

SELAMAT DATANG



Dr Faezah Hassan merupakan seorang Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Perubatan Keluarga Hospital Pengajar UPM (HPUPM) dan Pensyarah Perubatan Kanan DU 56 di Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UPM Serdang.

Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka (MOZAC) dan seterusnya memperolehi Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1995.Beliau kemudiannya telah diijazahkan dengan Sarjana Perubatan Keluarga dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 2007. Kini beliau sedang menjalani program PhD di bidang Sains Perubatan di UPM.

Dr Faezah Hassan mempunyai pengalaman di bidang perubatan klinikal sektor awam sepanjang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia mulai Jun 1995 sehingga Jun 2009. Beliau telah menceburi bidang akademia di UPM mulai Jun 2009. Kini beliau aktif di bidang akademik perubatan, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan , kepimpinan, jaringan industri dan kemasyarakatan serta bidang klinikal perubatan keluarga.

Di bidang klinikal dan penyelidikan, Dr Faezah meminati perubatan keluarga manakala penjagaan penyakit kronik dan penyelidikan kesihatan/ perubatan kualitatif merupakan bidang penyelidikan beliau. Terkini, beliau merupakan penyelidik bersama Kings' College London bagi projek MYGODDESS dibawah geran MyPAIR. Beliau turut memberikan khidmat konsultasi klinikal di Klinik Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Salak, Sepang dan di acara kesihatan masyarakat awam.

Di bidang akademia pula, beliau terlibat dengan pengajaran, penyeliaan, peperiksaan dan pembangunan kurikulum serta sahsiah pelajar program Doktor Perubatan, Bacelor Sains (Sains Bioperubatan), Bacelor Kejururawatan, Program Doktor Falsafah (Kejururawatan), Master Perubatan (Perubatan Keluarga), Master Kesihatan Awam dan Doktor Kesihatan Awam di FPSK UPM. Beliau juga pernah terlibat dengan pengajaran program Bacelor Perubatan dan Pembedahan di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).

Dr Faezah merupakan seorang Pakar Perubatan Keluarga yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan National Specialist Register(NSR). Disamping itu, beliau juga merupakan ahli seumur hidup badan perubatan dan penyelidikan profesional setempat seperti Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Perubatan Islam (IMAM), Persatuan Pakar Perubatan Malaysia(FMSA), Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia (AFPM), Persatuan Perubatan Keluarga UPM,The Qualitative Research Association of Malaysia (QRAM) dan ahli biasa Malaysian Primary Care Research Group (MPCRG)