A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
DR. RAHMAT BIN DAPARI
PENSYARAH PERUBATAN
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
drrahmat
BM
EN

SELAMAT DATANG



Dr Rahmat Dapari ialah Pensyarah Perubatan Kanan (DU56) dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Pada tahun 2007, beliau memperoleh ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan seterssnya memperolehi Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) dari Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) pada tahun 2011. Beliau menerima Ijazah Sarjana Kesihatan Awam (MPH) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2013 dan Doktor Kesihatan Awam (DrPH) pada 2017 dengan Anugerah Hidayasu Oyama untuk pelajar terbaik DrPH di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM). Beliau pernah memegang pelbagai jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia antaranya Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Pegawai Perubatan di pelbagai klinik kesihatan di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat, Ketua Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Pakar Epidemiologi Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, dan Ketua Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Kawalan Penyakit, Ibu Pejabat di Putrajaya. Dari segi penyelidikan dan penerbitan, tumpuan semasa adalah pada isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, penyakit berjangkit (penyakit bawaan vektor), penyakit tidak berjangkit, dan pembangunan intervensi komuniti berorientasikan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang boleh digunakan oleh pelbagai industri.