Penulis Syair UPM Raih Rekod MURI Indonesia
- 06 Mar 2024
SERDANG - Dua orang staf UPM telah terpilih dan mencatat rekod Museum Rekor Dunia Indonesia (MURI) sebagai "Buku syair dengan penulis terbanyak dunia" bersama 2023 penulis lain di seluruh dunia apabila syair mereka telah berjaya menyertai penulisan Antologi Syair Dunia : Syair Untuk Negeri yang telah dianjurkan oleh Perkumpulan Rumah Seni Asnur (PERRUAS) Indonesia pada tahun 2023.
Pegawai Penyelidik, Putra Science Park UPM, Asrizam Esam melalui Syair Galuh Selatan telah berjaya menyertai antologi syair ini. Syair Galuh Selatan menceritakan kisah sejarah yang berkaitan di negeri Johor. Sebahagian petikan syair Galuh Selatan
Syair izin membuka kata,
Galuh sinar batu permata,
Citra sejarah membuka kota,
Johor dikisah riwayat jelata.
Johor Lama kota sejarah,
Batu disusun tersergam indah,
Dibuka Raja menjadi kisah,
Sultan Alauddin Riayat Syah.
Sultan Mahmud mangkat dijulang,
Murka merasuk waras terhalang,
Laksamana Bintan tingkah menyelang,
Waris ditulah sampai sekarang...
Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Dr Sharil Nizam Sha'ri atau Shahril Kasak juga terpilih menyertai Antologi Syair Dunia yang membawa syair berkaitan ilmu dan bakti Universiti Putra Malaysia.
Pelancaran antologi ini telah diadakan secara rasmi pada majlis gilang-gemilang di Teater Besar Taman Ismail Marzuki, Jakarta Indonesia pada 31 Dis 2023 yang turut disertai oleh sebahagian delegasi penulis daripada Malaysia.
Antologi Syair Dunia : Syair Untuk Negeri menghimpunkan syair berkaitan negeri-negeri di seluruh dunia terutamanya di Indonesia, Malaysia, China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Mesir, Jordan, Jerman dan Itali.
Buku antologi ini telah diterbitkan di dalam 2 jilid berasingan bagi memuatkan keseluruhan 2023 syair penulis yang terpilih. Tenaga penggerak utama atau pembimbing penciptaan syair di peringkat Malaysia, yang juga Munsyi Dewan (Sastera) iaitu Tn Hj Mohd Rosli Bakir telah berjaya mempromosi dan menyuburkan lagi budaya sasatera melalui syair di Malaysia.
Tahniah dan syabas kepada warga UPM dan Malaysia yang telah terlibat dalam menjayakan Buku syair dengan penulis terbanyak dunia.
Resensi Antologi Syair Dunia : Syair Untuk Negeri
https://www.youtube.com/watch?v=y8fOYPcg1iE

Perkumpulan Rumah Seni Asnur (PERRUAS)