Riau Sastra - Puisi Reguk Sombong
- 29 Dec 2023
Puisi: Reguk Sombong
Penulis Asrizam Esam -19 September 2023
Riausastra.com menerima kiriman karya pantun, puisi, cerpen, esai, opini, naskah drama, resensi buku dan tulisan sejarah, sastra dan budaya nusantara.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Staf PSP UPM Raih Naib Johan Menulis Sajak Kenegaraan 2023 KKD-DBP
Asrizam Esam
Berasal dari Batu Pahat Johor, bermastautin di Kajang Selangor. Bertugas di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan menghasilkan karya kreatif puisi, cerpen, dan anekdot yang diterbitkan menerusi buku antologi puisi Malaysia dan Indonesia, Majalah Dewan Sastera, Tunas Cipta, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Suara Sarawak, Makerzine, mahupun dalam talian.
BANGI 28 Nov 2023, - Pegawai Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih Naib Juara Pertandingan Menulis Sajak bertemakan Kenegaraan 2023 yang telah dianjurkan oleh Pusat Sumber, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka DBP bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 yang telah diadakan di Hotel Tenera, Bangi.
Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang hadir pada Majlis Penutup Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 hari ini yang turut diiringi oleh Timbalan Menteri YB Teo Nie Ching dan Ketua
Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Asrizam Esam, Pegawai Penyelidik Putra Science Park UPM telah memenangi Naib Johan daripada 1,293 penyertaan diterima dari seluruh negara menerusi sajak bertajuk Senandika Merdeka. Pertandingan ini bermula pada 30 Ogos hingga 16 September 2023 dan terbuka kepada warganegara Malaysia dan hadiah wang tunai ditaja oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Menurut Asrizam, yang bertugas sebagai penyelidik dan pegawai pemasaran di pusat pemindahan teknologi UPM mula aktif menulis sajak secara eceran dia akhbar, majalah DBP, laman web, serta buku antologi di Malaysia dan Indonesia sejak terpilih ke program Temu Penyair Asia Tenggara II di Padang Panjang Indonesia pada Disember 2022 yang lalu.
“Pertandingan sajak seperti ini dapat meningkatkan kesedaran dan semangat cintakan negara secara berterusan melalui penghasilan karya sastera yang masih lagi relevan di dalam era AI dan generasi muda kini”, katanya.
Walau tidak mempunyai latarbelakang sastera, sajak telah menjadi satu medium luahan yang amat baik bagi meredakan tekanan kerja disamping dapat memartabatkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian, tambahnya lagi.
Johan pertandingan diterima oleh penulis muda, Haikal Azizi Jamil daripada Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra, Selangor dan tempat ketiga oleh Datu Ramlee Datu Amir Hussin daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Segama, Sabah.
Kejayaan penganjuran pertandingan ini dan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 didukung oleh penglibatan dan komitmen pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi Kerajaan, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) serta syarikat swasta dan korporat.
Berita Penuh : https://sciencepark.upm.edu.my/berita/staf_psp_upm_raih_naib_johan_menulis_sajak_kenegaraan_2023_kkd_dbp-76691

Riau Sastra