INOVASI UPM BANTU KOMUNITI DIIKTIRAF LOTHI MOSTI 2022
- 17 Feb 2023
Inovasi Skyridder UPM berjaya memenangi tempat ketiga bagi ketegori awam di dalam Program Low Touch High Impact (LOTHI) 2022 yang dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang telah diumumkan pada bulan Disember 2022.
LOTHI merupakan Signature Program bersempena penganjuran Minggu Sains Negara (MSN) 2022 yang bertemakan ‘Inovasi Sosial’ dengan objektif untuk mengenalpasti inovasi yang mampu milik, berimpak tinggi, mesra pengguna dan bercirikan norma baharu yang boleh memanfaatkan seluruh masyarakat Malaysia.
Skyridder merupakan inovasi yang diketuai oleh Asrizam Esam, dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Langit Putra dari Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia merupakan alat pemotong dawai pemegang panjang yang dapat memotong pengikat gegantung, iklan haram atau dawai lama yang ditinggal berkarat pada tiang lampu dengan pantas dan selamat tanpa penggunaan tangga. Alat ini dapat memberikan impak kepada komuniti dan organisasi bagi menyingkirkan masalah pencemaran dawai karat dan iklan haram pada tiang lampu dengan cepat.
Artikel penuh
http://www.sciencepark.upm.edu.my/berita/inovasi_upm_bantu_komuniti_diiktiraf_lothi_mosti_2022-71126