A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN & INOVASI )
asrizam@upm.edu.my
asrizam
BM
EN

Puisi Melayu Merantau

- 04 Jan 2021
MELAYU MERANTAU

Orang Melayu
Sejak dahulu jadi perantau
Merubah diri
Ke arah yang lebih baik

Tidak takut apa didepan
Tidak gelisah apa ditinggalkan

Merantau itu
Merubah diri
Ke arah yang lebih baik
Mendepani kesukaran atasi rintangan
Mengusir ketakutan langkah permulaan

Merantau itu
Merubah diri
Ke arah yang lebih baik
Meraih pengalaman jadikan tauladan
Merenung kemajuan jadikan wawasan

Merantau itu
Meneroka pemikiran
Meluas pemandangan
Mencari kemuliaan
Tekad mengangkat maruah bangsa
Majukan bangsa di mata dunia


Asrizam Esam @ Gentayan
~ Kajang
17 Disember 2020


Petikan Sumber: Melayu.com


Petikan siaran Melayu.com
dibaca
1468