A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN & INOVASI )
asrizam@upm.edu.my
asrizam
BM
EN

Raja Sehari Membawa Puteri

- 04 Jan 2021

Lancang kuning layar selatan
Buka lembaran salatus salatin
Tari disembah kami sajikan
Zapin menorah menyambut pengantin

Selawat Rasulullah Nabi yang Satu
Menyampai amanah seluruh ummat
Hamba Raja ingin menyeru
Pantun diluah mengenal adat

Hendak berangkat ke tengah perigi
Tengah perigi di hujung tanjung
Raja Sehari membawa Puteri
Agar dikenal rakan pengunjung

Dari Pasuk berjalan kaki
Singgah diperdu pohon pelita
Syarat masuk melangkah kaki
Memohon restu Bonda tercinta


Petikan Pantun Acheh
Sumber : Melayu.com



Petikan siaran Melayu.com
dibaca
1542