A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN & INOVASI )
asrizam
BM
EN

Virus Legenda

- 03 Nov 2020
Aku adalah legenda,
Aku menggegar seluruh dunia,
Halus, tetapi kekar berkuasa,
Meranap, menjarah jiwa manusia,

Aku tangkis imaginasi kereta terbang,
Buat dunia takut lalu kecundang,
Aku remas manusia di segenap ruang,
Buat aku kebal tidak bisa ditentang,

Aku datangnya dari mana,
Tiada siapa pun yang bisa meneka,
Aku menyerang ke arah mana,
Tiada terhalang, saat kau alpa dan leka,

Aku sehebat ulat si Yakjuj,
Membunuh manusia bak pembunuh si Makjuj,
Menyebar pantas membangkit rasa takjub,
Meranap ego memaling rasa ujub,
Aku adalah legenda,
Aku datang membawa takdir,
Agar engkau tak putus berzikir,
Aku datang tidak terzahir,
Agar engkau menjadi insan menghadam fikir,

Aku adalah legenda,
Diutus membawa ujian bencana,
Merobah norma manusia dunia,
Akulah corona virus durjana,
Aku legenda yang tidak terduga,

Asrizam, Kajang
LASYKAR PUISI ALAM MELAYU 2020- UNISZA

IMEJ RAWAK
IPC training to bangladesh delegates
Mahkamah IP JPO Japan
YB Xavier
ARTIKEL
Ulasan Buku : Kenangan Ayah
Licensing practices of UPM patented inventions
Inovasi Skytider, jamin keselamatan pengguna
Inovasi Perkhidmatan Mampu Lonjak Prestasi Pentadbiran
Inovasi Skyridder Bantu Komuniti Buang Iklan Haram
BLOG
20652
paparan
sejak 22 Ogos'19