A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN & INOVASI )
asrizam@upm.edu.my
asrizam
BM
EN

Malaysia Sehati Sejiwa

- 21 Jan 2020
Berbilang bangsa, berbilang hati,
berbilang adat, berbilang budaya,
berbilang juga susila dan ragamnya.

Namun satu jiwanya, satu semangatnya.
Jiwa dan semangat kami, Bangsa Malaysia.

Tauhid kami kepada Tuhan nan Satu.
Tawaduk kami kepada Raja dan Negara.
Kemuliaan Perlembagaan, kami sanjung dengan ketinggian.
Kekuasaan Undang-undang, kami merunduk penuh kehormatan.
Kesopanan dan Kesusilaan tercerna, di dalam akhlak dan jiwa kami.

Kami bangsa, bangsa dihormati.
Kami bangsa, bangsa disegani.
Kami bangsa, bangsa dikenali.

Dengan kemajmukan dan kemakmuran,
Dengan kesatuan dan keharmonian.
Kami berdiri merentasi sejarah,
Mengorak langkah mendepani wawasan berinovasi.

Dari acuan pelbagai bangsa, menjadi satu bangsa, Bangsa Malaysia.

Serdang, September 2015


dibaca
1469