Sajak Senandika Sepasang Tangan Terbitan RISDA
- 12 Jan 2026
Malam Renjana Maskah RISDA pada 17 Dis 2025
menghargai kepelbagaian sastera melalui tema pohon getah @ emas putih
Terima kasih di atas terbitan sajak Senandika Sepasang Tangan
terbitan RISDA.
Malam Renjana Maskah 2025 penuh puitis ini disempurnakan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA. Turut hadir memeriahkan malam ini adalah YBhg. Datuk Rahman Shaari, Sasterawan Negara ke-15, YBrs. Encik Zainal Azni bin Zulkifli, Ketua Pengarah RISDA, YBhg. Datuk Mua'mar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Jamaludin, Pengerusi RISDA Bina Sdn. Bhd., YBhg. Dato' Shaharuddin Muhammad Sidek, Pengerusi RISDA Ventures Sdn. Bhd., YBhg. Dato' Lokman Noor bin Adam, Pengerusi Permodalan RISDA Berhad serta YBrs. Dr. Rosmani Omar, Ketua Editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Pengarah Bahagian, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings serta jemputan khas.
Malam ini menyaksikan pelancaran Buku Antologi Puisi Emas Putih Negara yang menghimpunkan 130 puisi terbaik peserta Pertandingan Menulis Puisi RISDA 2025 bertemakan "Di Sebalik Pohon Getah" yang dilaksanakan pada Ogos lalu. Turut disempurnakan ialah penyerahan Manuskrip Buku Dendam Budak, sebuah kompilasi 155 puisi terpilih yang pernah ditulis oleh YB Pengerusi RISDA.
Majlis ini turut diserikan dengan deklamasi puisi khas oleh YB Pengerusi RISDA sendiri, Sasterawan Negara, YBhg. Datuk Rahman Shaari, Karyawan Sabri Yunus serta Jaya Ramba, Johan pertandingan tersebut serta persembahan nyayian daripada Roslan Madun, Kopratasa, Fyn Jamal dan lain-lain.

1

2

3