Sudut Bacaan Lantera Ilmu Rangkul Anugerah Sudut Bacaan HKIP UPM 2024
- 10 Mar 2025

Juara Kategori PSP

Keseluruhan Pemenang
SERDANG, 20 November 2024 – Sudut bacaan Lantera Ilmu, inisiatif pembudayaan ilmu di bawah Putra Science Park (PSP) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) (TNCPI), telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sudut Bacaan sempena sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Universiti Putra Malaysia (UPM) 2024 yang berlangsung di sini, hari ini.
Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen berterusan warga kerja selama dua tahun dalam menggerakkan pelbagai idea kreatif dan segar bagi menyuburkan budaya membaca serta literasi ilmu dalam kalangan warga kampus.
Penggerak bersama Lantera Ilmu menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan perancang dan penggerak utama iaitu Pengerusi Lantera Ilmu, Asrizam Esam bersama AJK, Hisham Omar, Wan Nuryani dan Nor Azizah Ismail, serta sokongan padu pasukan Lantera Ilmu yang terdiri daripada Wan Mohd Hafiz, Suhaili Musa, Wan Has Fadilah, Helmi, Farah, Aishah, Miza, Encik Rusdy dan seluruh ahli pasukan yang bertungkus-lumus menjayakan setiap program.
Menurutu Asrizam Esam,"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat seluruh warga PSP, Pejabat TNCPI sentiasa menyumbang suara, bakat dan komitmen tanpa jemu dalam menyokong setiap aktiviti Lantera Ilmu,".
Selain warga dalaman UPM, pencapaian sudut bacaan ini turut diperkukuh menerusi jaringan kerjasama dan perkongsian ilmu bersama tokoh serta rakan strategik di dalam dan luar negeri.
Pihak Lantera Ilmu turut merakamkan penghargaan kepada Prof. Datuk Dr. Hatta Shahrom, Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, Ruang Baca Rimba Bulan Indonesia, Duta Baca Rizka Hidayatul Husna, Universiti Negeri Padang, Indonesia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Sudut Baca Institut Biosains (IBS), Tuan Rozaidi Yusor (Derma Buku di Masjid Seoul Korea Selatan) dari Pusat Perhubungan Alumni/Penerbit (PPP) serta semua pihak yang sentiasa menyokong usaha menyemarakkan budaya membaca.
Pengiktirafan pada majlis HKIP UPM 2024 ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada Lantera Ilmu untuk terus melestarikan slogan "Membaca Literasi Ilmu" dan melahirkan lebih banyak program berimpak tinggi pada masa hadapan.

anugerah sudut bacaan 2

lantera ilmu

lantera ilmu 2