A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN & INOVASI )
asrizam
BM
EN

STAF PSP JUARA SAYEMBARA MENULIS PUISI SEMPENA HARI PUISI MALAYSIA KPT 2024

- 16 Aug 2024
18 Julai 2024 Putrajaya – Pegawai Penyelidik Putra Science Park UPM, Asrizam Esam yang kini menjalani program sangkutan selaku Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Kecemerlangan Penyelidakan IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT dinobatkan sebagai juara Sayembara Menulis Puisi Sempena Hari Puisi Malaysia Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2024 bertemakan “Bahasa Jiwa Bangsa”.

Sayembara anjuran Unit Inovasi Dan Pemerkasaan Bahasa Melayu, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi ini telah diadakan bersempena Hari Puisi Malaysia 2024 yang lalu terbuka kepada semua staf KPT, Jabatan Pendidikan Tinggi(JPT), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) dan agensi di bawah KPT bermula pada 15 Mei 2024 yang lalu.

Sajak bertajuk Usah Kedaluwarsa Bahasaku oleh Asrizam telah terpilih selaku juara, diikuti oleh naib juara Khairul Ashraf Muhammad dari Bahagian Koordinasi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti dan tempat ke-3, Siti Norhodayati Kamsari, Bahagian Governan dan Kecemerlangan, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti.
Usaha memartabatkan bahasa melalui pelbagai program menarik yang dirancang oleh KPT sepanjang tahun seperti ini akan dapat menyuburkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat, serta menarik dikalangan warga KPT.

Menurut Asrizam, sajak Usah Kedaluwarsa Bahasaku mengetengahkan penggunaan Bahasa Melayu klasik yang indah dan menarik namun jarang digunakan pada masa ini. Perkataan lama ini kebanyakkannya tidak diketahui kewujudannya oleh generasi Baharu dan ini akan menjadikan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka dalam talian sebagai sahabat untuk mengenal Bahasa dan perkataan Melayu klasik sebegini.

Penerima hadiah saguhati dimenangi oleh Mohd Alif Md Aliudin, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Munirah Mohd Noor, Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Nor Hafizah Abdul Rahman, Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi JPT.

Asrizam Esam Juara Puisi Bahasa
bersama DLST
dibaca
295
IMEJ RAWAK
Par Excellence Award ICQCC INDIA 2021
Skyridder to MB Selangor - MITEC KL
Asrizam Esam Skytider Sinar Harian
ARTIKEL
Puisi Cermin Rahsia Majalah Komposisi
STAF PSP JUARA SAYEMBARA MENULIS PUISI SEMPENA HARI PUISI MALAYSIA KPT 2024
STAF UPM KENDALI PROGRAM RESENSI BUKU DATUK DR LIM SWEE TIN
PSP Research Officer Among Certified UPM Data Steward
MRANTI -UPM wins top award for tool to hang posters
The History of Malaysia Technology Expo MTE and UPM
Usahawan wanita perlu rebut peluang perniagaan IP - Berita Harian
Kesedaran mendaftar harta intelek semakin meningkat - BHarian
Kesukaran membuang dawai lama dan serpihan bunting pada tiang lampu - APIC MPC
One Research & Innovation Activity for University Module -Productivity Champion MPC
Skytider- Mounting and Hanging Display Product Device - Productivity Champion MPC
Skyridder Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2022
Skyridder at Quality Circle Forum of India Hyderabad
Buku Laporan Tahunan UPM 2020 - Inovasi UPM Rangkul Emas APIC
China IP Management and Commercialisation Achievement
Open Source and Development
Inovasi UPM raih 2 emas di Hyderabad, India
INOVASI BENDUNG COVID19
Skyridder Inovasi Bantu Kebersihan Komuniti
MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO): AN SYAR'IYYAH POLITICAL APPROACH
Inovasi Perkhidmatan Mampu Lonjak Prestasi Pentadbiran
Determinants of organizational practices & research culture for the enhancement research performance
Skytider Pengikat Langit-Skyridder Pembuang Langit
Strategy for IPM
IP Commercialisation
IP-Value and Finance
Innovation and IP Protection
IP Management - Economic Perspectives
Intellectual Property Management
Anak Merdeka Dunia Global
APIC 2020 : UPM Rangkul 4 Emas
Pameran Maya Nafas Baharu Perdagangan Ketika Pandemik
Ulasan Buku : Kenangan Ayah
Licensing practices of UPM patented inventions
Inovasi Skytider, jamin keselamatan pengguna
Inovasi Skyridder Bantu Komuniti Buang Iklan Haram
BLOG