A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN & INOVASI )
asrizam
BM
EN

Inovasi UPM raih 2 emas di Hyderabad, India

- 30 Dec 2021
Serdang, 30 November – Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi melakar pencapaian antarabangsa yang cukup membanggakan apabila ciptaan inovasi daripada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Langit Putra (Putra Science Park) dan Kumpulan LEAN, The Budders (Pusat Pertanian Putra) telah menerima pengiktirafan Par Excellence Award yang bertaraf anugerah emas daripada juri Korea Selatan dan India.

Kedua-dua kumpulan berkenaan telah menyertai pertandingan quality circle antarabangsa 46th International Convention on Quality Control Circles – 2021 (ICQCC-2021) di Hyderabad, Telangana, India yang berlangsung secara dalam talian pada 24 hingga 27 November 2021.

Kejayaan inovasi ini merupakan rentetan daripada inisiatif Pejabat Pendaftar sebagai peneraju kepada KIK dan LEAN di UPM.

Menurut Muhazam Mansor, Pendaftar UPM, UPM sememangnya giat menghasilkan R&D dan inovasi dalam kalangan akademia mahupun pentadbir.



Katanya lagi, UPM akan terus mengangkat inovasi ke peringkat lebih tinggi di persada antarabangsa dalam usaha membuktikan kecemerlangan inovasi yang akan dapat membantu universiti, komuniti mahupun industri.

ICQCC, anugerah berprestij di peringkat antarabangsa dianjurkan setiap tahun dengan penyertaan oleh kumpulan Team Excellence terbaik daripada agensi kerajaan dan swasta di setiap negara.

Pemilihan tema “Quality Concepts Facilitating Societal and Economic Turnaround” oleh Quality Circle Forum of India (QCFI) selaku penganjur pada tahun ini bertepatan dengan situasi pandemik global yang menyaksikan impaknya kepada masyarakat dan usaha pemulihan ekonomi di seluruh dunia.

Tema ini juga memperlihatkan usaha berterusan untuk penambahbaikan dan inovasi kepada pengamal Konsep Kualiti di seluruh dunia ke arah penyelesaian inovatif dan membangunkan pelbagai kaedah penyelesaian dalam industri masing-masing.

Kumpulan Langit Putra yang diketuai oleh Asrizam Esam membentangkan inovasi Skyridder, iaitu alat pemotong dawai panjang pemegang tunggal yang dapat memotong pengikat gegantung (bunting) atau dawai pada tiang lampu dengan pantas dan selamat tanpa penggunaan tangga.

Alat ini turut membantu menyingkirkan masalah pencemaran dawai karat dan iklan haram pada tiang lampu dengan cepat selain dapat mempercepatkan 80% masa kerja membuang dawai yang kebiasaannya ditinggalkan selepas gegantung diturunkan.



Manakala inovasi Putra Pro-Cut & Putra Fast-Snap daripada Kumpulan The Budders yang diketuai oleh Mohd. Rosman Jamaludin pula adalah alat kaedah pembiakan pokok secara markot (tut) dengan lebih efisien, meningkatkan produktiviti, dan menjimatkan kos pengeluaran serta dapat mengelakkan kecederaan.

Kedua-dua kumpulan daripada UPM ini adalah antara 81 kumpulan Team Excellence yang terbaik di Malaysia yang diselaraskan oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bertujuan untuk mengukuhkan budaya kreativiti dan inovasi di sesebuah organisasi.


Berita
dibaca
414
IMEJ RAWAK
Rakan dari Filipina dan Malaysia
Pemenang Anugerah Inovasi HKIP UPM 2016
YB Xavier
ARTIKEL
Kesukaran membuang dawai lama dan serpihan bunting pada tiang lampu - APIC MPC
One Research & Innovation Activity for University Module -Productivity Champion MPC
Skytider- Mounting and Hanging Display Product Device - Productivity Champion MPC
Skyridder Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2022
Skyridder at Quality Circle Forum of India Hyderabad
Buku Laporan Tahunan UPM 2020 - Inovasi UPM Rangkul Emas APIC
China IP Management and Commercialisation Achievement
Open Source and Development
Inovasi UPM raih 2 emas di Hyderabad, India
INOVASI BENDUNG COVID19
Skyridder Inovasi Bantu Kebersihan Komuniti
MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO): AN SYAR'IYYAH POLITICAL APPROACH
Inovasi Perkhidmatan Mampu Lonjak Prestasi Pentadbiran
Determinants of organizational practices & research culture for the enhancement research performance
Skytider Pengikat Langit-Skyridder Pembuang Langit
Strategy for IPM
IP Commercialisation
IP-Value and Finance
Innovation and IP Protection
IP Management - Economic Perspectives
Intellectual Property Management
Anak Merdeka Dunia Global
APIC 2020 : UPM Rangkul 4 Emas
Pameran Maya Nafas Baharu Perdagangan Ketika Pandemik
Ulasan Buku : Kenangan Ayah
Licensing practices of UPM patented inventions
Inovasi Skytider, jamin keselamatan pengguna
Inovasi Skyridder Bantu Komuniti Buang Iklan Haram
BLOG