Staf PSP Raih Hadiah Saguhati Pertandingan Penulisan Puisi Kreatif 2026
- 21 Nov 2026
KUALA LUMPUR, 30 Mac 2026 – Penulis dan penyair, Asrizam Esam berjaya meraih hadiah saguhati menerusi karya puisinya yang bertajuk Terpejam Cahaya dalam Pertandingan Penulisan Puisi Kreatif 2026 bertemakan "Gerhana Bulan", baru-baru ini.
Pertandingan berprestij anjuran Aktivis Seni & Sastera (Aksara Malaysia) yang berlangsung sekitar bulan Mac lalu itu telah mendapat sambutan menggalakkan dengan menerima sebanyak 115 penyertaan daripada para penggiat dan peminat sastera tanah air.
Daripada keseluruhan penyertaan tersebut, hanya 50 karya terbaik termasuk puisi nukilan Asrizam telah terpilih untuk dibukukan ke dalam sebuah penerbitan khas bertajuk Antologi Gerhana Bulan.
Menurut pihak penganjur, pertandingan kali ini memperlihatkan lonjakan bakat dan kreativiti yang amat cemerlang dalam kalangan penulis. Setiap karya yang dihantar mencerminkan ketelitian penyair dalam memilih diksi, kepekaan terhadap pengolahan emosi, serta kebolehan menyampaikan mesej yang mendalam kepada khalayak.
"Puisi-puisi yang terhasil ibarat cahaya di malam gerhana yang memberi makna dalam bayang, sekali gus berjaya menyemai inspirasi dalam kalangan pembaca serta komuniti seni sastera tempatan," kata Aksara Malaysia dalam satu kenyataan.
Kejayaan Asrizam menerusi Terpejam Cahaya bukan sahaja mengiktiraf mutu kepengarangannya, malah membuktikan keupayaan karya sastera bertemakan fenomena alam untuk terus relevan dan menyentuh jiwa masyarakat.

saguhati puisi