A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
JABATAN CANSELERI
asrizam@upm.edu.my
asrizam
BM
EN

Pegawai Penyelidik UPM Raih Anugerah Inspirasi Pascasiswazah di UIS

- 21 Nov 2026
BANGI, 17 Oktober 2026 – Pegawai Penyelidik, Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Inv. Asrizam Esam, telah menerima Anugerah Pascasiswazah dan Anugerah Inspirasi sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2026 anjuran Universiti Islam Selangor (UIS).

Majlis berprestij yang diadakan bersempena sambutan Bulan Akademia UIS 2026 tersebut telah berlangsung dengan penuh gemilang di Dewan Sultan Idris Shah, UIS, bagi mengiktiraf kecemerlangan warga akademik serta pelajar yang menunjukkan pencapaian luar biasa dalam bidang pengajian dan penyelidikan.

Menurut Asrizam, pengiktirafan ini merupakan hasil sokongan padu daripada pelbagai pihak, khususnya bimbingan berterusan daripada penyelia beliau di Fakulti Ekonomi, Perakaunan dan Pengurusan (FEPP), UIS.

"Terima kasih kepada pihak Universiti Islam Selangor serta penyelia saya, Puan Siti Hawa Radin Eksan dari FEPP UIS di atas bimbingan dan sokongan sehingga membawa kepada penganugerahan ini. Kejayaan ini juga menjadi pembakar semangat untuk terus menyumbang bakti dalam bidang akademik dan pengkomersialan inovasi," katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada rakan-rakan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) serta seluruh barisan penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik UIS 2026 atas pencapaian cemerlang masing-masing.

Kejayaan ini sekali gus membuktikan komitmen berterusan warga kerja UPM dalam membudayakan kecemerlangan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat di samping melaksanakan tugas hakiki di universiti.

anuergah asrizam
anuergah asrizam2
anuergah asrizam3
Penerima Anugerah
dibaca
2