A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
JABATAN CANSELERI
asrizam@upm.edu.my
asrizam
BM
EN

MAIWP Perkasa Budaya Inovasi, Sasar Lonjakan Sektor Penyampaian Perkhidmatan Agama

- 25 Sep 2026
KUALA LUMPUR, 22 September 2026 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terus komited dalam memacu kecemerlangan organisasi melalui penganjuran Kursus Pembudayaan Kreatif dan Inovatif bagi melahirkan warga kerja yang berdaya saing dan berfikiran ke hadapan.

Kursus intensif yang berlangsung selama dua hari pada 21 dan 22 September 2026 di Kuala Lumpur ini telah dihadiri oleh 43 orang kakitangan daripada pelbagai jawatan, latar belakang, serta institusi di bawah naungan MAIWP.

Penganjuran program ini adalah sangat bertepatan dan selari dengan Pekeliling Pembudayaan Inovasi Perkhidmatan Awam yang telah dikuatkuasakan secara rasmi pada April 2026. Pekeliling baharu tersebut menekankan anjakan transformasi digital, ketangkasan bertindak (agility), dan pembudayaan idea kreatif di peringkat akar umbi bagi memastikan sistem penyampaian sektor awam kekal relevan dengan cabaran semasa.

Basi menyuntik inspirasi dan memberikan pendedahan terbaik, MAIWP telah Inv. Asrizam Esam, yang merupakan Pegawai Penyelidik Kanan daripada Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau yang juga merupakan Registered Technology Transfer Profesional (RTTP) mempunyai pengalaman luas dalam ekosistem penyelidikan dan komersialan inovasi berkongsi pelbagai tips praktikal, strategi pembangunan idea, serta kaedah penerapan budaya kreatif dalam tugasan harian organisasi bagi memenuhi KPI inovasi yang digariskan dalam pekeliling baharu tersebut.

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia MAIWP selaku penganjur, program ini dirangka khusus untuk memberi bimbingan asas dan pencetus semangat bagi kakitangan yang mahu mula bergiat aktif dalam aktiviti kreatif serta inovatif.

Sebagai institusi peneraju yang menguruskan hal ehwal umat Islam di Wilayah Persekutuan, MAIWP sentiasa meletakkan aspek inovasi sebagai agenda utama. Sebelum ini, MAIWP telah melakar pelbagai kejayaan cemerlang dengan memenangi siri kejuaraan di peringkat kebangsaan melalui projek-projek di bawah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Melalui perkongsian strategik bersama UPM ini, MAIWP berharap agar budaya kerja yang dinamik dan berpaksikan penyelesaian kreatif dapat terus subur, sekali gus melahirkan lebih banyak inovasi berimpak tinggi demi kesejahteraan masyarakat dan kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Ceramah Inovasi
Ceramah Inovasi 2
Ceramah Inovasi 3
Ceramah Inovasi -Aktiviti
dibaca
18