A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN & INOVASI )
asrizam
BM
EN

Inovasi Skyridder Bantu Komuniti Buang Iklan Haram

- 31 Dec 2019
Oleh: Asrizam Esam

Inovasi Skyridder, alat pemotong dawai panjang pemegang tunggal oleh sekumpulan penyelidik UPM berjaya membantu komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sinaran, Kajang Selangor membuang iklan haram yang banyak dipasang ditiang lampu jalan kawasan perumahan.

Iklan haram menjadi isu yang sering berulang dan merimaskan penduduk yang menjadi tumpuan para pemasang iklan ini setiap tahun. Iklan-iklan haram termasuk juga serpihan kayu bunting yang dibiarkan tergantung ini mencemarkan pemandangan yang dilihat banyak memenuhi tiang-tiang lampu disekitar kawasan kejiranan.
Saban tahun, Pihak Berkuasa Tempatan melakukan pelbagai inisiatif untuk membenteras iklan haram sepertimana DBKL merekodkan 1.5 juta iklan haram yang dibuang pada tahun 2015 dan MPSJ turut merekodkan 290 ribu iklan haram telah dibuang pada tahun yang sama.

Menurut Yusoff Masburi, Pengerusi KRT Taman Sinaran, “Kami amat berterima kasih kepada pihak UPM yang sudi berkongsi inovasi yang dapat memudahkan kerja kami membuang dawai dan iklan haram, yang mana kami sebelum ini tidak menyedari isu ini menjejaskan pemandangan alam sekitar di kawasan ini walaupun sering mengadakan aktiviti gotong-royong di taman ini.”

Isu iklan haram yang turut meninggalkan dawai lama, berkarat pada tiang lampu dipandang sepi oleh pihak komuniti sebelum ini. Walaupun aktiviti gotong royong kerap diadakan dengan bantuan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), namun kebersihan tiang lampu tidak dapat dilaksanakan berikutan kesukaran menggunakan tangga bagi membuang dawai disebabkan faktor kawasan yang sempit.

Alat Skyridder ini telah diserahkan kepada KRT Taman Sinaran supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk di sini pada sesi penyerahan di Surau AL Falah Taman Sinaran. Sekumpulan penyelidik Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Langit Putra dari Putra Science Park dan Pejabat TNCPI, Universiti Putra Malaysia pada permulaannya telah mengambil inisiatif bagi menyelesaikan masalah dawai lama serta serpihan bunting yang ditinggalkan pada tiang lampu sekitar UPM dengan menghasilkan inovasi Skyridder bermula pada tahun 2018. Secara tidak langsung, alat ini juga turut berupaya memudahkan proses kerja pembuangan iklan haram yang menyakitkan mata memandang penduduk di sini.

Menurut Asrizam Esam, ketua kumpulan projek menegaskan, “Skyridder amat mudah digunakan, seberat hanya 1.7kg, mempercepatkan 84% masa pembuangan berbanding kaedah biasa menggunakan tangga, berkos rendah, mampu capai ketinggian 5 meter dan boleh laras bagi mudah di bawa oleh pekerja adalah antara kelebihan inovasi ini.”
“Paling penting adalah Skyridder dapat mengelakkan kaedah biasa menggunakan tangga yang berisiko untuk terjatuh disebabkan pelbagai faktor mukabumi dan halangan pokok bunga sekitar kawasan tiang lampu,” katanya lagi.
Tiada alat seumpamanya di pasaran Malaysia manakala alat import berkos mencecah RM4ribu turut mempunyai kelemahan seperti berat sehingga 6kg, capaian hanya 4 meter dan tidak boleh laras disebabkan penggunaan teknik pemotongan takal dan dawai string.

Alat ini telah mendapat perlindungan hakcipta dan digunapakai di sekitar kampus UPM di Serdang, Port Dickson dan juga Bintulu Sarawak. Kerjasama dengan pihak komuniti bagi membantu mengatasi masalah ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial pihak UPM selain menjadi sebahagian kajian validasi pasaran inovasi ini sendiri.
Menurut kajian kumpulan ini juga, dawai lama dan iklan haram ini turut disedari oleh pelancong dan warga asing di Malaysia yang mana ianya memberi imej negatif terhadap kebersihan tiang lampu di jalanraya di Malaysia. Kita dapati banyak dawai karat dan serpihan kayu yang dibiarkan tergantung di tepi-tepi jalan sekitar taman, jalanraya mahupun lebuh raya di Malaysia yang mencacatkan pemandangan.

Menurut Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, turut berbangga inovasi UPM ini dapat membantu menyelesaikan isu komuniti yang selama ini membelenggu secara teknikal.
“Alat ini belum lagi dikomersilkan dan pihak UPM mengalu-alukan kerjasama pihak industri bagi mengkomersilkan alat ini supaya manfaatnya dapat di gunakan bagi menyelesaikan isu masyarakat, PBT dan mencerminkan imej negara bersih di mata pelancong asing”, katanya.

Hadir sama adalah ahli jawatankuasa KRT dan sebilangan penduduk taman tersebut serta ahli kumpulan Langit Putra yang terdiri daripada Asrizam, Norliyana, Hafliza, Norazlin, Mohd Mas’ataillah, Mohd Hisham serta Mohd Izzat daripada PSP, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM dan Shahriman Hashim sebagai fasilitator kumpulan ini.

dibaca
916
IMEJ RAWAK
UAE Bangladesh Myanmar Teammate
Media Skyridder Asrizam Esam Tribun Putra UPM
Asrizam Esam Skridder Bantu Komuniti
ARTIKEL
MRANTI -UPM wins top award for tool to hang posters
The History of Malaysia Technology Expo MTE and UPM
Usahawan wanita perlu rebut peluang perniagaan IP - Berita Harian
Kesedaran mendaftar harta intelek semakin meningkat - BHarian
Kesukaran membuang dawai lama dan serpihan bunting pada tiang lampu - APIC MPC
One Research & Innovation Activity for University Module -Productivity Champion MPC
Skytider- Mounting and Hanging Display Product Device - Productivity Champion MPC
Skyridder Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2022
Skyridder at Quality Circle Forum of India Hyderabad
Buku Laporan Tahunan UPM 2020 - Inovasi UPM Rangkul Emas APIC
China IP Management and Commercialisation Achievement
Open Source and Development
Inovasi UPM raih 2 emas di Hyderabad, India
INOVASI BENDUNG COVID19
Skyridder Inovasi Bantu Kebersihan Komuniti
MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO): AN SYAR'IYYAH POLITICAL APPROACH
Inovasi Perkhidmatan Mampu Lonjak Prestasi Pentadbiran
Determinants of organizational practices & research culture for the enhancement research performance
Skytider Pengikat Langit-Skyridder Pembuang Langit
Strategy for IPM
IP Commercialisation
IP-Value and Finance
Innovation and IP Protection
IP Management - Economic Perspectives
Intellectual Property Management
Anak Merdeka Dunia Global
APIC 2020 : UPM Rangkul 4 Emas
Pameran Maya Nafas Baharu Perdagangan Ketika Pandemik
Ulasan Buku : Kenangan Ayah
Licensing practices of UPM patented inventions
Inovasi Skytider, jamin keselamatan pengguna
Inovasi Skyridder Bantu Komuniti Buang Iklan Haram
BLOG