IdeaVault -Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia - Majalah Sains
- 19 Sep 2025
Majalah Sains
by Editor 08/08/2025 in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan 0 0 0
Penulis: Inv. Asrizam Esam
Pegawai Penyelidik Kanan
Ketua Seksyen Korporat dan Hubungan Strategik
Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM)
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia semasa Majlis Peluncuran Festival Idea Putrajaya pada tahun 2024 pernah menyatakan bahawa rakyat Malaysia harus membangun dengan idea dan pembaharuan itu perlu diungkapkan dalam kerangka besar MADANI yang berpaksikan jati diri bangsa, nilai, budaya, bahasa, keyakinan dan kepercayaan agama.
Negara kini tidak boleh ketinggalan dalam arus perubahan, oleh itu kepentingan penguasaan matematik, kalkulus, digital, dan kecerdasan buatan (AI) serta perbincangan mengenai tenaga baru adalah amat perlu kerana tenaga lama kini dipertikai yang berpotensi membawa kerosakan.
Kegagalan menjana idea baharu yang mampu menangani isu kritikal negara akan memperburukkan lagi cabaran sedia ada, sekaligus menghambat kemajuan Malaysia secara menyeluruh dan berisiko menyebabkan negara ketinggalan dalam persaingan global yang semakin sengit.
Cabaran hidup yang dihadapi rakyat Malaysia semakin kompleks dan mendesak. Isu sosial seperti keselamatan rakyat dijalanraya, kemiskinan yang masih wujud, ketidaktentuan ekonomi, masalah kesihatan mental, serta keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak semakin membimbangkan.
Sektor keterjaminan makanan juga masih memberi kesan kepada masyarakat termasuk isu kekurangan tenaga kerja, kebergantungan tinggi kepada pekerja asing, perubahan iklim serta keterbatasan kawasan tanaman yang semakin terhad akibat pembangunan dan perubahan guna tanah.
... rujuk link bagi artikel penuh

Majalah Sains - Ideavault