A
PROFILE
UPM's Staff Profile
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
OFFICE OF THE DEPUTY VICE CHANCELLOR (RESEARCH & INNOVATION)
asrizam
BM
EN

STAF UPM KENDALI PROGRAM RESENSI BUKU DATUK DR LIM SWEE TIN

- 16 Aug 2024
18 Julai 2024 | Putrajaya - Lobi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pagi tadi dipenuhi warganya yang hadir memeriahkan program Resensi Buku Siri 2 Dan Deklamasi Puisi bersama Tokoh Bahasa Melayu, Datuk Dr. Lim Swee Tin.

Ketua Setiausaha (KSU) KPT, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Timbalan KSU (Pengurusan dan Pembangunan), Mohamad Azhan Md Amir hadir sama ke program tersebut yang merupakan sebahagian inisiatif mengimarahkan sambutan Dekad Membaca Kebangsaan 2024 (DMK2024) peringkat kementerian.

Program resensi buku ini telah dikendalikan oleh moderator Asrizam Esam, Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Kecemerlangan Penyelidakan IPT, JPT yang mengupas keunikan buku kumpulan puisi Langit Rotorua terbitan Universiti Malaysia Kelantan pada tahun 2023.

Langit Rotorua telah dihasilkan berdasarkan pengalaman yang mengusik jiwa Datuk Dr. Lim Swee Tin sendiri menghimpunkan 70 karya hasil lawatan di 13 buah negara iaitu New Zealand, Laos, Taiwan, Indonesia, China, Australia, Korea Selatan, Negara Brunei Darussalam, Singapura, Thailand, Cambodia, Amerika Syarikat dan England.

Dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) KPT dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), usaha ini diharap mampu menyemarak dan menyuburkan tabiat suka membaca sambil menyemai kecintaan terhadap kesusasteraan dalam kalangan warga KPT.

Berlangsung di lobi juga adalah pameran serta jualan buku termasuk Penerbit UPM. Hadir sama Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari dan SUB BKP KPT, Fazli Said.

Dato LST
KSU
Moderator
all

Video Siaran oleh DBP
read by
284
RANDOM IMAGE
MURI Record
JPO Office
IP Trial Court JPO Japan
LATEST ARTICLE
MRANTI -UPM wins top award for tool to hang posters
Inovasi UPM raih 2 emas di Hyderabad, India
The History of Malaysia Technology Expo MTE and UPM
LATEST BLOG