A
PROFILE
UPM's Staff Profile
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
OFFICE OF THE DEPUTY VICE CHANCELLOR (RESEARCH & INNOVATION)
asrizam
BM
EN

INOVASI BENDUNG COVID19

- 30 Dec 2021
BUKU IMPAK COVID 19 DAN PRAKARSA UPM
PETIKAN DARI BUKU IMPAK COVID 19 DAN PRAKARSA UPM

Wan Nurhayati Wan Ab Rahman, Asrizam Esam, Nor Azizah Ismail, Mohamaed Thariq Hamed Sultan

Semangat bersatu hati warga UPM telah merealisasikan kerjasama antara pelbagai pihak secara dalaman mahupun dengan pihak luar bergandingan bagi menghasilkan inisiatif inovasi khusus membantu wira negara membendung wabak Covid-19. Sokongan padu pihak pentadbiran tertinggi UPM dan tindakan pantas pihak terlibat dengan sukarela sepakat menyumbang demi memenuhi keperluan petugas barisan hadapan terutamanya di PKU, HPUPM dan Hospital Serdang.

Perkongsian maklumat inovasi oleh penyelidik dan staf UPM ini telah diperolehi melalui platform maya oleh semua pihak yang terlibat terhadap keperluan tenaga sukarela dan kepakaran bagi menghasilkan inisiatif inovasi telah mencetus usaha murni tersebut ibarat “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Usaha murni ini adalah sebagai tanggungjawab sosial UPM kepada petugas barisan hadapan terutamanya di saat getir Covid-19. Sebahagian staf UPM pada masa yang sama juga merupakan di antara petugas barisan hadapan dan bertugas sepanjang masa bagi memastikan keselamatan pelajar, staf dan warga UPM di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan dilaksanakan. Terima kasih kepada pekerja kesihatan, pengawal keselamatan, staf pelaksana, pegawai serta pengurusan Universiti kerana mereka adalah barisan hadapan UPM sebenar yang memastikan tahap keselamatan sentiasa dilaksanakan di tahap terbaik.


UNTUK ARTIKEL PENUH @ MAKLUMAT PEMBELIAN BUKU
https://penerbit.upm.edu.my/kedai_atas_talian-3195


read by
544
RANDOM IMAGE
Anugerah Persembahan Terbaik dan EMAS KIK UA
Chongqing Industry visit
Media Skyridder Newspaper Tribun Putra UPM
LATEST ARTICLE
IP Commercialisation
Skyridder Inovasi Bantu Kebersihan Komuniti
APIC 2020 : UPM Rangkul 4 Emas
LATEST BLOG