A
PROFILE
UPM's Staff Profile
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
OFFICE OF THE DEPUTY VICE CHANCELLOR (RESEARCH & INNOVATION)
asrizam
BM
EN

Skyridder Inovasi Bantu Kebersihan Komuniti

- 30 Dec 2021
Inovasi Skyridder yang membantu komuniti membuang dawai karat dan sampah pada tiang lampu telah dianugerahkan Par Excellence Award di International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021 Hyderabad, India pada 27 November 2021.

Menurut Asrizam Esam, ketua Langit Putra, Universiti Putra Malaysia, ciptaan unik ini merupakan pemotong dawai pemegang tunggal yang dapat memotong pengikat bunting iklan atau dawai karat pada aras tinggi pada tiang lampu dengan pantas dan selamat tanpa menggunakan tangga. Skyridder mempercepatkan 80% masa membuang dawai berbanding kaedah biasa.

Risiko terjatuh ketika menggunakan tangga disebabkan faktor persekitaran tiang dengan pelbagai halangan pokok, longkang dan sebagainya. Masalah pencemaran dawai karat dan iklan haram yang banyak pada tiang lampu dapat disingkirkan.

Skyridder telah digunakan di UPM dan Taman Sinaran Balakong Selangor bagi membuang iklan haram disekitar taman sejak tahun 2019.

Skyridder akan memudahkan kerja PBT mahupun komuniti membuang iklan haram yang banyak tergantung tinggi. Kewujudan lambakan iklan haram ini sudah tentu akan mencacatkan pemandangan serta kebersihan kawasan persekitaran.

Alat inovasi Skyridder juga dapat mempercepatkan 80% masa kerja membuang dawai yang kebiasaannya ditinggalkan selepas bunting atau gegantung pengiklanan diturunkan. Dawai ini sekiranya ditinggalkan pada tiang lampu, akan mencemarkan pemandangan dan kebersihan persekitaran. Skyridder juga amat mudah digunakan berbanding alat import yang mahal dan lebih berat yang akan memberikan kesan tidak ergonomik sekiranya digunakan berulang-ulang kali.

Konsep mekanikal Skyridder yang unik dengan menggunakan tiang lampu itu sendiri sebagai daya penahan bagi membolehkan pemotong khas berfungsi memotong dawai berbanding kaedah sedia ada seperti wayar dan takal.


read by
727
RANDOM IMAGE
Skytider Asrizam Esam Sinar Harian 1
Skyridder to Datin VC- HKIP 19
IP Trial Court JPO Japan
LATEST ARTICLE
IP Management - Economic Perspectives
Usahawan wanita perlu rebut peluang perniagaan IP - Berita Harian
IP Commercialisation
LATEST BLOG