A
PROFILE
UPM's Staff Profile
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
OFFICE OF THE DEPUTY VICE CHANCELLOR (RESEARCH & INNOVATION)
asrizam
BM
EN

Inovasi Skytider, jamin keselamatan pengguna

- 02 Jan 2020
SkytiderTM merupakan inovasi alat penggantung bunting outdoor pada tiang lampu tanpa menggunakan tangga atau kren yang direka khas bagi memudahkan kerja-kerja pengantungan bunting outdoor. SkytiderTM dibangunkan bercirikan mudah alih, ringan, bantu mempercepatkan proses pemasangan, murah dan boleh digunakan di pelbagai keadaan permukaan kawasan tanah di sekitar tiang lampu yang berhalangan atau tidak rata.

Komitmen staf pengurusan dan professional UPM untuk turut menyumbang kepada inovasi universiti telah ditunjukkan melalui penghasilan inovasi SkytiderTM hasil projek Kumpulan Langit Putra, iaitu Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) yang ditubuhkan daripada gabungan dua entiti dibawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) iaitu Putra Science Park (PSP) dan Bahagian Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Idea untuk menghasilkan inovasi yang bermanfaat ini adalah melalui pengalaman ahli kumpulan ini sendiri yang berhadapan dengan risiko kecederaan semasa memasang bunting oudoor seperti terkena duri pokok, dawai tajam, pemasangan sendiri yang mengambil masa yang lama serta risiko terjatuh kerana permukaan yang tidak rata.

Bunting merupakan medium untuk mempromosikan iklan, program atau aktiviti yang banyak di gunakan oleh jabatan di UPM setiap kali sesuatu program dijalankan. Terdapat dua jenis bunting yang biasa digunakan iaitu bunting dalaman (indoor) dan bunting luaran (outdoor). Bunting indoor di gunakan di dalam bangunan, manakala bunting outdoor adalah bunting yang digantung diluar pejabat atau bangunan dan kebiasaannya digantung pada tiang lampu, pagar atau tempat penggantung khas yang dibina. Pemasangan bunting outdoor kebiasaannya dipasang pada tiang lampu di sekitar UPM dan dianggarkan sebanyak 306 bunting outdoor telah dipasang sepanjang tahun 2017 bagi aktiviti utama UPM.

Isu dan Masalah
Kesukaran kerja memasang dan menurunkan bunting outdoor pada tiang lampu setiap kali program dijalankan disekitar UPM dihadapi oleh staf dari segi kaedah pemasangan dan penurunan, bilangan tenaga kerja ramai diperlukan, tempoh masa lama yang diperlukan dan tahap keselamatan pemasang yang berisiko ketika kerja pemasangan bunting outdoor dijalankan. Pemasang berisiko untuk terjatuh daripada tangga disebabkan permukaan tanah disekitar tiang lampu yang tidak rata, ruang meletakkan tangga yang sempit, tangga terhalang oleh pokok bunga atau penghadang jalan. Penggunaan tangga juga merosakkan pokok bunga disekitar tiang lampu berkenaan.

Selain itu, bagi memaksimumkan penggunaan barang-barang yang telah rosak, kumpulan ini terfikir untuk menghasilkan alat ini. SkytiderTM merupakan alat pertama berjaya dibangunkan menggunakan bahan terpakai daripada besi bunting indoor yang diguna semula yang telah rosak di PSP, UPM. Komponen besi pada bunting indoor jenis t-stand, x-stand dan roll up bunting telah digunakan di dalam menghasilkan inovasi ini Skytider ini.

SkytiderTM boleh mengangkat bunting hingga keparas ketinggian tiga meter yang bersesuaian untuk meletakkan bunting dan boleh mengikat bunting di atas dengan menggunakan tali pengikat (cable tie) tanpa perlu menggunakan tangga. Kaedah mengikat ini menjadikan kerja pemasangan lebih mudah dan cepat tanpa mmerlukan penggunaan tangga atau kren yang berat, panjang dan berkos tinggi. Tali pengikat (cable tie) pula menjadi alat pengikat utama bagi inovasi ini disebabkan ianya murah, mudah didapati di kedai perkakasan namun mempunyai daya mengikat yang kuat.

Antara kelebihan inovasi ini berbanding penggunaan tangga/kren adalah penggunaannya dapat memudahkan kaedah pemasangan menggunakan teknik inovasi baharu yang boleh dikendalikan oleh seorang pemasang sahaja berbanding penggunaan tangga (2 hingga 4 orang), mempercepatkan 50% tempoh masa pemasangan dan penurunan bunting pada tiang lampu berbanding kaedah biasa, Keselamatan pemasang lebih terjamin dengan risiko terjatuh daripada tangga/kren, Boleh digunakan di pelbagai permukaan tanah, Tidak merosakkan pokok-pokok disekitar tiang lampu dan kos yang murah dengan memasang bunting sendiri - tidak perlu menggunakan khidmat kontraktor luar

Inovasi ini telah sedia untuk dikomersilkan dan telah mempunyai tiga perlindungan harta intelek iaitu Rekabentuk Perindustrian, Hakcipta dan Cap dagangan. Pengguna awal yang disasarkan adalah pengguna yang mementingkan keselamatan diri semasa kerja pemasangan disamping mempermudah dan mempercepatkan proses kerja seperti pelajar universiti / kolej. Mereka juga merupakan golongan sasaran yang kerap menggunakan bunting outdoor sebagai medium utama bagi pelbagai aktiviti pelajar.

Hasil penilaian Pejabat Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) UPM telah mendapati inovasi ini mempunyai ciri egronomik dan sesuai dengan pergerakkan tubuh manusia. Mengelakkan risiko berkerja di tempat tinggi, memudahcara bagi aktiviti kerja berulang dengan mengurangkan pergerakkan tubuh badan secara manual berulang-ulang sewaktu memasang atau membuka bunting yang boleh memudaratkan dan memberi risiko kecederaan kepada pemasang.

Ciptaan ini telah mendapat pengiktirafan bagi Anugerah Khas KIK UPM 2018, Persembahan Terbaik (Teknikal) Emas dan Tempat Ke 3 Keseluruhan) Konvensyen KIK Univeriiti Awam 2018, Tempat Pertama, Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2017, Tempat Pertama, Anugerah Inovasi dan Perkhidmatan 2016 (HKIP), UPM 00.




Penyelidik:
Ketua : Asrizam Esam
Co : Mohammad Hisham Omar, Muhammad Izzat Nor Adzmi, Mohd Mas'Ataillah Ismail, Norliyana Kamarudin, Hafliza Hussin, Norazlin Monir, Shahriman Hashim
Bhg. Promosi dan Pemasaran Inovasi,
Putra Science Park, UPM
asrizam@upm.edu.my / 03-9769 1294

read by
1488
RANDOM IMAGE
Kursus Program Lisensing - Taiwan
Media Skyridder Asrizam Esam Sinar Harian News
Anugerah Persembahan Terbaik dan EMAS KIK UA
LATEST ARTICLE
Anak Merdeka Dunia Global
Inovasi Skytider, jamin keselamatan pengguna
Innovation and IP Protection
LATEST BLOG