A
PROFILE
UPM's Staff Profile
ASRIZAM BIN ESAM
RESEARCH OFFICER
JABATAN CANSELERI
asrizam@upm.edu.my
asrizam
BM
EN

Karya Staf PSP UPM Terpilih dalam Antologi Serantau Serenade Musim Jilid II

- 26 Nov 2026
KAJANG, 26 November 2026 – Tiga karya puisi nukilan penulis tempatan, Asrizam Esam, Pegawai Penyelidik Putra Science Park, Universiti Putra malaysia, telah terpilih untuk dimuatkan dalam buku antologi puisi serantau berjudul Serenade Musim Jilid II terbitan tahun 2026.

Tiga karya yang mendapat tempat dalam penerbitan tersebut ialah "Orkestra Yang Menjadi Kamu", "Pesan Yang Tidak Terluah", dan "Kopi Si Sukab". Pemilihan karya-karya ini sekali gus memperkukuh kehadiran dan suara kepenyairan Malaysia di pentas kesusasteraan Nusantara.

Program Serenade Musim merupakan inisiatif penulisan puisi dan penerbitan buku secara mandiri yang dianjurkan secara tahunan oleh Ikatan Penulis Negara Serumpun (IPNS) yang menghimpunkan pengkarya dari Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei. Menyusul kejayaan edisi pertama, penganjuran kali ini terus menjadi wadah utama IPNS dalam membina jaringan silaturahmi, mempertemukan gagasan dan pemikiran kreatif, serta memartabatkan puisi sebagai karya sastera tertinggi merentasi sempadan negara serumpun.

Pemilihan ini melengkapkan lagi rekod prolifik Asrizam Esam dalam dunia penulisan kreatif serantau apabila karya beliau telah diterbitkan dalam 25 buah antologi puisi, selain tersiar di pelbagai akhbar, majalah, dan portal sastera utama di Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei seperti Dewan Sastera, Tunas Cipta, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Media Permata Brunei, serta Berita Minggu Singapura. Kecemerlangan beliau dalam bidang persuratan turut dibuktikan menerusi pelbagai pengiktirafan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, antaranya merangkul gelaran Juara Sayembara Menulis Puisi Hari Puisi Malaysia KPT (2024), Naib Juara Pertandingan Menulis Sajak Kenegaraan KKD-DBP (2023), Unique Writer Award di Jawa Barat, Indonesia (2023), Tempat Kedua Wordspaces Nature Poetry Writing Competition (2022), serta Juara Writing Essay Competition Malaysia Prihatin UNIMAS (2021).

buku serenade
sijil asrizam serenade
read by
4