A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
DR. AMIR HAMZAH BIN SHARAAI
PENSYARAH KANAN
FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
amirsharaai
BM
EN

Batophobia

- 09 Mar 2022
Fazlin ralit memerhati matahari yang sedang terbenam itu sendirian di pantai. Matanya tajam melihat matahari yang seolah-olah sedang melambai ke arah dirinya mengucapkan selamat tinggal. Namun fikirannya melayang-layang entah ke mana mengenangkan takdir yang sedang menimpa diri. Seharian sang suria itu menyinari bumi dan tibalah saat sang bulan pula menggantikan diri. Sama persis seperti keadaan dirinya sekarang. Yang hadir mengembirakan hati dan menyinari hari-hari suram sudah tidak lagi memunculkan diri seperti selalu. Cuma bezanya sang suria yang mengundur diri akan diganti dengan sang bulan mengindahkan malam hari, tetapi dirinya tetap sendiri menantikan insan yang telah pergi menghadap Illahi buat selamanya.

“ Takdir ini adil dengan berlaku tidak adil kepada semua”, bisik dirinya menenangkan hati sendiri.
Setiap masa kata-kata itu dibisikkan kepada dirinya sendiri untuk melalui hari-hari mendatang. Tanpa dia sedar sebenarnya Tuhan sedang mengajar dia sesuatu tentang erti kekuatan, keredhaan, dan kesabaran yang sebenarnya buat dirinya yang bergelar hamba.

“ Linnnnnnnnnnnnn”
Tersentak Fazlin mendengar namanya dilaung begitu nyaring sekali dari kejauhan. Seraya dia menolah ke arah suara itu.
“ Ha ada apa kau cari aku ni?”
“ Kau tanya aku ada apa aku cari kau?!? Kau ingat sekarang pukul 5 petang ke kau nak termenung mengadap matahari tu ? Mak panggil balik sekarang dah maghrib ni pun tak reti-reti nak balik rumah,” lantang Intan bersuara memarahi adiknya itu.

“ Iya lah aku memang nak balik dah pun tak menyempat kau ni sampai cari aku dekat sini. Bukan aku pergi mana pun pantai sini saja yang boleh tenangkan aku. Kalau duduk rumah asyik dengar kau membebel jee makin suram hati aku ni,” rungut Fazlin apabila kakaknya memarahinya dirinya seolah-olah seharian harinya dihabiskan di pantai walhal baru lepas asar tadi dia datang ke mari untuk mencari sedikit kekuatan dan ketenangan buat dirinya.

“ Sudah lah kau jom la balik cakap aku suka membebel tapi dia membebel lagi macam mak nenek,” ajak Intan.
Seraya itu Fazlin bangun lalu mengikut jejak langkah kakaknya pulang ke rumah.

Kelihatan seorang wanita separuh abad sedang sibuk memasak di dapur menyiapkan makan malam untuk keluarganya. Bau sambal tumis udang di dalam kuali begitu menggoda sehingga memanggil-manggil Fazlin untuk ke dapur melihat ibunya memasak.

“ Ibu masak apa ni ? Sedapnya bau rasa lapar pula tiba-tiba,” ujar Fazlin sambil tersengih kea rah ibunya.
“ Ibu masak dengan perangai kamu ha,” ucap Puan Laila sambil menjeling ke arah anaknya itu.
“ Ibuuuuuuu !!!” terjerit kecil Fazlin dengan jawapan ibunya itu.

“ Betul lah apa ibu cakap. Kamu tu kalau balik sini je memang tepi pantai tu lah kamu bertapa siang malam sampai lupa nak balik rumah. Bukan ibu tak tahu kamu asyik merenung nasib teringat benda yang dah lepas. Dengar sini nak ibu nak cakap sikit, ajal maut jodoh pertemuan semua sudah ditakdirkan oleh Allah tinggal kita sebagai hamba-Nya untuk terima dan lalui dengan redha tanpa sedikit pun mempersoalkan kenapa mengapa semua ni terjadi. Siapa kita untuk mempersoalkan ? Segala yang terjadi semuanya berhikmah nak, tinggal kita untuk cari gali cari hikmah yang Allah sembunyikan. Ya ibu tahu kita merancang, tapi Allah juga merancang dan Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Kalau kita rasa dugaan ini berat untuk kita lalui,yakinlah yang Allah tahu kita mampu untuk menghadapinya.” ucap Puan Laila.

Panjang nasihat Puan Laila buat anaknya yang seorang itu. Ibu mana yang tidak kasih dan saying akan anaknya tambahan pula apabila melihat anaknya itu seolah-olah mempersoalkan takdir Allah. Bukan dia tidak faham perasaan anaknya, tapi kadang-kadang Allah lebih tahu apa yang terbaik buta hambanya. Kita hanya perlu redha dan sabar pasti akan ada sinaran pelangi yang menanti di hujung dugaan.

“ Hmm iyalah ibu Lin faham,” Fazlin akur.
“Kalau faham baguslah tak payah ibu nak membebel ke kamu lagi. Sudah la tu jom kita makan nasi lauk semua dh siap ni. Pergi panggil yang lain kita makan sekali” kata Puan Laila

Kereta mewah berjenama Porsche model 911 Carrerea 4S meluncur laju di atas jalan raya menuju ke sebuah bangunan yang tersegam megah di tengah ibu kota. Seperti hari-hari biasa, pedal minyak laju ditekan oleh sang pemilik kenderaan. Dan seperti orang lain yang setiap pagi keluar dari rumah menuju ke tempat kerja masing-masing untuk mencari rezeki, Taufik juga melakukan hal yang sama Cuma bezanya sejak kebelakangan ini, hatinya tidak setenang dan segembira dahulu untuk pergi bekerja. Dirinya yang dahulu kuat bekerja dan bersemangat setiap kali ingin melangkah keluar dari rumah menuju ke pejabat kini semangat itu seolah-olah lenyap di bawa pergi bersama-sama satu peristiwa hitam itu. Kejadian hitam yang terjadi itu bagaikan terus mengekori setiap langkah kakinya. Fikiranya tidak tenteram memikirkan segala yang telah terjadi itu. Hati gundah-gulana mengingatkan kejadian itu. Adakah ini memang salahnya atau suratan takdir yang sudah tertulis buat dirinya ? Taufik bermonolog sendirian.

Ralit Taufik bermolnolog sendirian sehingga sekejap saja rasa sudah sampai di hadapan Cendana Holdings. Pantas dia keluar dari kereta menuju ke lif untuk ke pejabatnya yang terletak di tingkat 13. Jawatan CEO yang dipegang olehnya tidak sedikit menjadi alasan buat dirinya bekerja sambil lewa mahupun untuk datang lambat ke pejabat. Baginya, disiplin seseorang individu yang akan menjadai kayu pengukur kejayaan yang dikecapi.
“ Good Morning boss,” sapa Suraya apabila dia sedang melewati meja setiausahanya yang telertak di hadapan biliknya itu.
“ Morning Su.”
Seraya itu laju langkah kakinya diatur menuju ke arah bilik pejabatnya. Kejadian yang menganggu fikirannya sejak kebelakangan ini pantas ditepis dari benak fikirannya.

************************

Kelihatan Fazlin sedang menarik zip beg sandangnya di bucu katil baliknya pagi itu. Pagi itu setelah usai membersihkan diri dia menunaikan solat subuh dengan penuh khusyuk sekali. Panjang sekali doanya di atas tikar sejadah antara dia dengan Sang Pencipta, berharap tindakan dan keputusan yang akan dibuat dipermudahkan segalanya. Berharap setiap apa yang dicari menemui hakikat dan kebenarannya. Syahdu sekali doanya pada pagi itu. Tidak lupa juga doa buat seseorang yang telah pergi menghadap Illahi mengikut jalan takdir yang telah diatur Tuhan. Sesekali air matanya mengalir membasahi pipinya tatkala sebaris nama itu meniti dibibir di dalam doa untuk di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di syurga sana. Bukan niat Fazlin untuk mempersoalkan takdir yang telah tertulis, jauh sekali untuk tidak menerima dan meredhai apa yang telah tersurat buat dirinya, tapi bagi dirinya tidak salah untuk kita mencari kebenaran atas apa yang terjadi kerana itu lah salah satu cara untuk dia memperjuangkan keadilan dan menunjukkan rasa kasih buat seseorang.
Setelah memastikan segalanya sudah siap dikemas, perlahan-lahan Fazlin bangun dari katil melangkah keluar dari biliknya. Puan Laila yang kebetulan baru saja keluar dari bilik tidurnya menegur Fazlin yang baru saja kelihatan di ruang tamu rumah pada pagi itu.

“ Lin, jadi ke kamu nak balik KL pagi ni ?,” soal Puan Laila.
“Jadi la ibu Lin nak balik KL pagi ni. Lin pun bukan boleh lama-lama dekat kampong ni ha nanti tak pasal-pasal percuma je Lin kena buang kerja sebab asyik ambik cuti je kerja hahaha”
“ Ha bagus lah kalau kamu tu sedar diri kerja makan gaji bukan jadi bos yang boleh suka hati kamu je nak cuti nak tenangkan fikiran lah nak cari ketenangan lah,” selamba saja Puan Laila memerli anak daranya itu sambil menjeling melihat reaksi Fazlin.

“ Hai ibu ni perli Lin nampak. Macam tak suka je kalau Lin selalu balik kampong jenguk ibu ayah,” sayu Fazlin berkata sengaja untuk meraih simpati ibunya walhal dia tahu Ibunya sekadar mengusik dirinya.
“ Ibu ni bukannya nak halau ataupun tak suka bila Lin selalu balik rumah ha jenguk ibu ayah. Cuba bagitau ibu emak mana yang tak suka bila anaknya balik rumah? Ibu rasa gemberi bahagia tak terkata bila anak-anak ibu semua rajin balik kampong. Tapi kamu kena ingat Lin, kamu tu bekerja dengan orang. Ibu tanak bos kamu nanti fikir kamu ni tak berdisiplin ataupun tak tahu adab bekerja. Orang lain pun ditimpa musibah, diberi dugaan tapi tak ada lah sampai macam kamu ni ha sampai pantang ada amasa sikit jeterus tercongok muka kamu depan pintu rumah ni. Bawak-bawaklah gembiranya diri tu dulu. Sibukkan diri tu dengan macam-macam aktiviti taka da lah aku ni sunyi termenung sorang-sorang lepastu mula lah fikir benda-bneda yang dah lepas. Ni ingat apa ibu pesan ni Lin,” panjang benar Puan Laila menasihati anaknya itu.
“ Baik ibu Lin paham, Lin akan cuba ibu ya.”
Setelah bersalaman dengan ibu ayah serta ahli keluarga yang lain, laju Fazlin mengatur langkah kakinya menuju ke keretanya.

“ Hati-hati memandu Lin. Biar lambat asal selamat, tak lari Kuala Lumpur tu kamu nak memandu laju-laju,” pesan Encik Johari untuk anaknya itu. Tenang Fazlin memandu keretanya pada pagi itu menuju ke rumah sewanya di Kuala Lumpur. Ada satu hasrat dan tujuan yang perlu dia selesaikan nanti di sana. Kebenaran harus dicari ! Tekad hatinya.

****************************

Kad nama yang tertera nama pemilik syarikat gah beserta alamat penuh ditilik Fazlin dengan teliti sekali. Lama matanya merenung kad itu sambil mulutnya menyebut satu persatu perkataan yang tertera di atas kad itu. TAUFIK SHAH BIN DATUK AZMAN. Sebaris nama itu meniti dibibir Fazlin entah ke berapa kalinya. Tekadnya bangunan gah itu harus di jejak setelah sekian lama tidak pergi. Walau bagaimanapun pemilik nama Taufik Shah harus dia bersemuka untuk menyelesaikan sesuatu yang sudah lama dipendam. Sedikit pun Fazlin tidak berasa takut mahupun gentar kerana padanya dia hanya mahu bersemuka dan menyelesaikan sesuatu bukanya mahu mencari gaduh apatah lagi mahu mengkeruhkan keadaaan walaupun pada hakikatnya sangat sukar buat dirinya untuk menerima segala yang terjadi.

“Eh Lin bila kau sampai ?” tegur Aqila kawan serumahnya itu.
“ Aku baru je sampai ha pagi tadi bertolak dari kampong. Kau kerja tak harini Qila?” Fazlin menyoal.
“ Kerja la Lin oi baru aje balik ni ha aku bukan macam kau asyik cuti je kerjanya hahaha” selamba Qila memerli rakannya itu.
Pantas Fazlin mencebik seraya mendengar perlian kawan serumahnya itu.
“ Eleh kau itu je la modal nak mengutuk aku kan, Aku cuti bukan saja-saja aku cuti nak tenangkan fikiran yang serabut ni ha. Kau dengan ibu sama je kerjanya nak perli aku je memanjang kan,” laju mulut Fazlin membalas.
“ Hahaha dan memang itu je kerja kau patut pun kena dengan ibu kau ha,” galak Aqila mentertawakan Fazlin.
“Sudahlah kau malas aku nak melayang makin sakan pulak kau mengutuk aku ye. Baik aku masuk tidur lagi berfaedah”
“ Hahaha kau ni emo semacam ni apahal Lin ? Aku gurau je lah. Ha yang kau tu aku tengok dari tadi tu termenung menilik kad tu sampai nak tembus kad tu apasal ? Sampai aku balik pun kau tak perasan buat tak tahu je ha.”
“ Hmm entah lah Qila. Aku sekarang tengah fikir ni ha. Ni kad nama bos syarikat tempat arwah Fikri kerja tu ha. Aku ingat nak pergi la jumpa bos tempat kerja arwah tu. Aku bukannya nak cari gaduh atau nak keruhkan keadaan, aku cuma nakkan kebenaran dan penjelasan je dari mulut dia sendiri. Aku ada hak untuk tahu dan dengar penjelasan dari dia mahupun dari syarikat dia.”
“ Ohh sebab tu ke kau termenung menilik kad tu tak perasaan aku balik. Aku sebagai kawan kau aku sokong je apayang kau rasa terbaik buat diri kau Lin. Aku tahu kau bukan orang yang akan keruhkan lagi keadaan yang memang sudah terjadi. Kalau kau rasa itu yang patut kau lakukan aku sentiasa ada di belakang kau Lin,” penuh yakin Aqila meniupkan rasa semangat buat rakannya itu.
“Terima kasih Qila kau selalu ada untuk aku sokong semua benda yang aku buat. Ada disaat aku susah di saat aku diuji sedikit olej Allah. Terima kasih banyak Qila”
“ Alah Lin kau ni jangan nak potong bawang sangat petang-petang yang hening macam ni. Tak ada apa lah kau kan kawan aku Lin. Aku boleh tolong apa yang termampu je. Nak tolong dari segi duit aku pun cukup-cukup makan je sekarang ni ha. Aku Cuma boleh tolong apa yang aku mampu je,”
“ Kau ada masa kau susah masa aku perlukan kau pun dah lebih dari cukup Qila. Terima kasih banyak Qila Aku sayang sangat dekat kau Qila. Aku tak sanggup kehilangan kau Qila. Cukuplah Allah uji aku dengan perginya orang yang aku cintai. Kehilangan itu pernah membuat aku hampit hilang semangat untuk hidup seolah-olah semangat aku pergi bersama jasadnya Qila.”
“ Ye sama-sama Lin. Kalau kau perlukan pertolongan apa-apa pasal ni bagi tahu je aju ye Lin. In sha allah mana yang aku boleh tolong aku tolong. Dah-dah tak nak sedih-sedih macam ni,” pujuk Qila.

**************************

Jarum menunjukkan tepat jam 1.00 tengahari yang menandakan waktu rehat setelah setengah hari bekerja. Pantas Taufik berkemas untuk keluar makan tengahari. Saat dia melangkah kelaur dari pejabatnya,Suraya setiausahanya menegur.
“ Encik Taufik nak keluar lunch ke ? Saya cuma nak ingatkan En Taufik yang meeting dengan Syarikat Indah pasal projek kita di Seremban tu pukul 3 kejap lagi”
“ Haah saya nak keluar lunch ni lepastu saya terus gerak ke sana untuk meeting tu. Terima aksih Su ingatkan saya. Ada apa lagi ke Su ?”
“ Ha lagi satu Encik Taufik, tadi ada seorang perempuan baru lepas call saya dia cakap nak jumpa Encik Taufik Shah Bin Datuk Azman. Katanya ada hal yang perlu dia jumpa Encik Taufik dalam masa terdekat ini. So dia tanya bila Encik Taufik free untuk dia jumpa ?”
“ Perempuan ? Siapa pulak perempuan yang jumpa saya ni ?” soal Taufik kepada setiausahanya. Bingung dia memikirkan siapa gerangan perempuan yang ingin berjumpa dengannya.
“ Eh mana saya tahu siapa perempuan yang nak jumpa Encik. Jangan-jangan teman wanita Encik kot. Hahaha”
“ Eh ke situ pulak awak ni Su. Tak mungkinlah saya mana ada teman wanita. Mengarut betul awak ni ha. Ha siapa nama perempuan yang nak jumpa saya tu Su? Ada dia bagi tahu nama dekat awak ?
“ Ha ada dia bagi tahu nama. Terlupa pulak saya nak cakap. Dia cakap dia Fazlin Hannan. Ada tak nama sesiapa yang Encik Taufik kenal sepanjang hidup Encik Taufik sepanjang 26 tahun ni ? Mana tahu bekas teman wanita Encikk datang cari Encik balik nak ajak kahwin hahaha” seronok Suraya mengusik bosnya itu.
“Fazlin Hannan?” berkerut dahinya memikirkan siapakah wanita bernama Fazlin Hannan yang ingin berjumpa dengannya itu.
“ Ye Encik bos namanya Fazlin Hannan,” tersenyum Suraya melihat gelagat ketuanya yang kalut memikirkan siapa wanita itu.
“ Okey tak apa lah nanti lah saya fikir siapa Fazlin Hannan tu. Kalau Menghadap awak sambil berfikir memang tak terisi perut saya ni ha. Sudah la saya nak pergi makan ni dari tadi perut saya berbunyi tengak muka awak bertambah pula dengan fakta dan konlusi mengarut awak tu ha,” pantas Taufik mencelah mematikan ayat yang diucapkan oleh Suraya. Makin lama bersembang makin mengarut setiausahanya akan mengeluarkan fakta.
“ Hahaha okey lah bos saya pun nak turun pergi makan jugak ni. Jangan lupa meeting pukul 3 kejap lagi bos. Jangan fikir sangat perempuan bernama Fazlin Hannan tu sampai terlupa nak pergi meeting ye boss,” kata Suraya sambil mengalas tas tangannya untuk pergi makan. Baik dia cepat-cepat berlalu dari situ sebelum bosnya naik angik dek ayat tidak bertapisnya itu. Seronok dia melihat muka ketat ketuanya itu. Sekali sekala mengusik apa salahnya kan ? bisik hatinya lalu terus beredar dari situ.

**************************

Sedang enak Taufik menikmati makanan tengaharinya di restoran berdekatan pejabatnya itu, tiba-tiba dia teringat tentang apa yang diperkatakan oleh Suraya setiausahanya itu.
‘ Siapa ye Fazlin Hannan ?’ hatinya bermonolog.
Saat sebaris nama Fazlin Hannan terlintas di hati, saat itu juga dia tiba-tiba teringatkan sesuatu. Bergetar hatinya saat dia mengetahui siapa gerangan wanita yang bernama Fazlin Hannan itu. Ya Allah ! Lin ! Pucat mukanya saat itu seperti hilang darah dari badannya. Andai waktu itu mukanya ditoreh oleh pisau nescaya tiada setitik pun darah yang akan menitik. Pucat, getar dan serba salah bersatu di dalam hatinya. Arwah Fikri, Cendana Holdings dan Fazlin Hannan bersatu terlintas di dalam kepalanya. Saat itu juga kejadian hitam 3 bulan lepas yang merubah segalanya kembali terlayar di ruang kepalanya.

*******************************
Seperti hari-hari biasa pagi itu Fikri ceria melewati meja Suraya, setiausaha pemilik Cendana Holdings yang merupakan sahabatnya yang juga merangkap ketuanya di tempat kerja.
“ Selamat pagi Su,” ceria Fikri menyapa Suraya yang baru saja sampai di meja.
“ Ehh Encik Fikri. Selamat pagi Encik. Awal datang pejabat harini En Taufik. Ada apa-apa ke ?” tanya Suraya ramah.
“ Saya ni hari-hari datang pejabat awal. Cuma harini je terawal lebih sikit dari biasa ha. Nak jumpa bos awak tu la. Ada benda saya nak kongsi dengan dia ni,” jelas kegembiraan terpancar di wajah Fikri di pagi hari itu.
“ Encik Taufik dah sampai ada dalam bilik tu ha. Amboi macam ada benda happy je saya tengok Encik Fikri nak kongsi dengan Encik Taufik ni. Bagitahu lah saya sekali mana tahu lagi bertambah gembira benda tu kalau saya tahu,” seloroh Suraya.
“ Memang benda gembira pun Su. Alaa nanti lah saya kongsi dengan awak. Jangan risau nanti awak akan tahu jugak. Bawa-bawa lah bersabar ye Cik Suraya cantik manis,” gurau Taufik lalu berlalu pergi menuju ke bilik Taufik.

Suraya sekadar menggelengkan kepala melihat gelagat dua orang sahabat baik itu. Senang hatinya melihat keakraban meraka yang membawa aura positif di pejabatnya. Tersenyum dia melihat telatah mereka yang selalu bergurau senda dan mengusik antara satu sama lain. Apa yang dia tahu, Taufik dan Fikri memang berkawan baik sejak mereka di bangku sekolah lagi. Selepas menamatkan zaman persekolahan mereka sama-sama meneruskan pengajian di universiti di dalam bidang yang sama. Cumanya Taufik anak orang agak senang berbanding Fikri namun itu bukannya menjadi penghalang buat mereka untuk menjadi sahabat baik dunia akhirat. Buktinya jailnan persahabatan mereka sejak dari bangku sekolah lagi kekal sampai mereka sama-sama bekerja di syarikat milik keluarga Taufik.

“Hellooooo man,” Fikri menyapa sahabatnyaTaufik di dalam bilik pejabatnya.
“Hoi kau kalau ye pun tak reti nak ketuk pintu sebelum masuk, pandai-pandaikan lah diri tu bagi salam dulu ha. Islam tak islam kau ni Fikri ?” seperti biasa ada saja yang digaduhkan oleh mereka berdua sejak dari dulu lagi.
“ Hahahaha,” tertawa besar Fikri mendengar bebelan rakannya itu. “ Alah kau macam tak biasa dengan aku kan. Tanya orang Isalam tak yang kau tu pagi tadi sebelum datang kerja kau solat subuh tak?” soal Fikri membalas. Saja dia menanyakan Taufik akan hal itu walhal dia sudah sebati dengan perangai Taufik yang cukup menjaga solatnya. Seronok dia menyakat untuk melihat muka Taufik menahan geram.
“ Eh soalan kau macam tak saying mulut kan? Berdosa besar tahu kalau tak solat kita ni Isalam. ISLAM ! Dah besar panjang tau Bangka macam ni takkan lah nak tinggai solat lagi. Kau tu dah layak jadi bapak orang dah Fikri takkan hal solat pun kau tak alert lagi hahahaa,” seloroh Taufik.
“ Ha alang-alang kau bercakap pasal bapak orang kan, sini aku nak share something dengan kau ni. Susah payah aku datang bilik kau pagi-pagi buta macamni nak bagitahu kau sesuatu ni. Ahhh bahagianyaaaaa rasa. Duniaaaaaaaaa, lihatlah aku sedang bahagiaaaaaaaaa !!!!!.”
“ Hoiiiiii kau meroyan apa ni dalam bilik aku?!?! Ada yang nak kena azan dekat telinga ni karang. Melalak tak ingat dunia eh kau. Jangan sampai dunia pula tak ingat ke kau terus hantar kau ke alam barzakh nanti ha. Cuba kalau nak bagitahu aku tu cakap elok-elok, sopan-sopan sikit Fikri hoi,” marah Taufik. Apa kena dengan sahabat sorangnya itu datang biliknya terus meroyan tak ingat nak mengucap !
“ Hahaha marah macam mak nenek eh kau ni. Emo semacam dah kenapa pagi-pagi ni? Rileks bro rileks. Izinkan abang berkongsi ceritera cinta abang yang membuat abang bahagia tak ingat dunia hahaha,”
“ Ha cepat lah cerita tak payah nk berabang sangat kalau nak cerita tu nk termuntah aku dengar.”
“ Ye nak cerita lah ni. Cuba kalau orang tua-tua nak bercakap tu jangan sibuk nak menyampuk. Okey macamni, tadi kau ada sebut aku ni dah tua Bangka dah layak jadi bapak orang kan? Tapi sebelum nak jadi bapak orang mesti kena jadi suami orang dulu kan?” Sengaja dia menyoal Taufik sebegitu untuk menimbulkan suspens di dalam diri sahabatnya itu.
“ Fikriiiiiii !!! Kau jangan cakap yang kau dah nak kahwin ?” soal Taufik dengan terkejut apabila mendengar soalan dari Fikri.
“Apa yang kau tak bagi aku cakap tu lah yang aku nak cakap dan kongsi dengan kau ni ha. Yessssss, aku nak kahwin Taufik. Aku nak kahwin. Semalam aku keluar makan malam dengan Lin. Ala-ala candle light dinner lah lepastu aku melamar lah dia untuk jadi suri di hati aku. And kau tahu dia terus setuju terima lamaran aku,” gembira sungguh Fikri bercerita. Jelas terpancar kegembiraan di wajah.
“ Wow tahniah Fikri aku gembira untuk kau. Akhirnya kau nak kahwin jugak kan ? Ingatkan tak laku-laku sampai ke tua hahaha,”
“ Hahahaha eh kau cakap tu baik-baik sikit. Aku ke kau yang tak laku-laku sekarang ni ? Aku tengok kau tu sorang-sorang je memanjang pergi mana-mana lagi nak cakap aku tak laku kan ?”
“ Aku ni lain la. Aku saja je tak nak lagi tapi sebenarnya ramai yang beratur nakkan aku. Sengaja aku bagi kau kahwin dulu dah kau tu nakkan sangat kahwin. Kang mati awal tak sempat nk kahwin merana pulak kau hahaha,” seloroh Taufik
“Gurau kasar nampak kau. Karang aku mati betul tak sempat nak kahwin tak tenang aku kat sana nanti. Aku kacau kau kat dunia biar sama- sama tak kahwin baru adil kan ? Hahaha,” balas Fikri dengan gurauan juga.
“ Yang kau nak kahwih ni dengan Lin yang selaku kau cerita tu kan? Kawan sekampung kau sejak dari kecil tu kan tak silap aku. Elok lah korang kahwin dah rumah pun dekat kampong sekali pulak tu.”
“ Haah dengan Lin la siapa lagi aku nak kahwin. Aku ni setia orangnya,” bangga Fikri menjawab.
“ Masuk keranda usung sendiri nampak kau. Eh terkasar pulak peribahasa aku. Sorry, hahaa,”
“Kau memang selalu tak boleh nak terima hakikat yang aku ni serba serbi sempurna kan?” lagi sekali Fikri masuk bakul angkat sendiri.
“ Ceh kau makin menjadi-jadi kau usung keranda sendiri eh . Puji lah diri sendiri tu tinggi-tinggi sebab aku tahu tak ada siapa yang nak puji kau haha.”
“ Orang dengki macam kau memang macam ni. Dah lah aku aku nak pergi sambung kerja banyak lagi tak siap tu dari layan orang yang tak boleh tengok orang senang macam kau hahaha.”
“ Elok la tu Fikri pergi lah sambung kerja kau tu. Gembira, gembira juga kerja kau tak ada siapa baik hati nak tolong siapkan. Lagi sekali tahniahhhhh sahabat walaupun perangai kau annoying tahap aku rasa nak hantar kau masuk kubur, tetap jugak jodoh kau sampai ye. Aku gurau je tadi semua tu kau jangan nak pandai-pandai terasa hati pulak. Macam kau baru kenal aku sehari dua,”
“ Ye aku tahu lah mulut kau macam puaka sikit tapi aku ikhlas je berkawan dengan kau hahaha. Dah lah aku nak pergi sambung kerja ni jumpa lunch nanti,”

Begitulah mereka setiap hari. Berkawan baik tapi pantang berjumpa ada saja yang nak digaduhkan. Namum begitu, masing-masing sudah masak dengan perangai masing-masing.

****************************

Tengahari itu seperti hari-hari biasa Taufik dan Fikri akan keluar rehat dan makan tengahari bersama. Banyak benda yang dibualkan oleh mereka macam sudah lama tak berjumpa walhal baru saja pagi tadi berjumpa di bilik Taufik.
“ Eh Taufik apa cerita projek kita sekarang ni yang dekat Damansara tu ? Dengar cerita ada sedikit masalah dekat tapak projek ?” Fikri menyoal.
“ Haah ada sedikit masalah dekat sana. Apa yang aku paham lepas pengurus tapak projek sana bagitahu aku ada sedikit masalah dekat bangunan yang sedang dibina tu. Tak silap aku dekat tingkat 15 masalah tu. Aku ingat kejap lagi lepas lunch hour aku nak pergi sana la tengok sendiri apa yang tak masalahnya. Aku tanak la nanti pekerja cakap boss tak prihatin tak bertanggungjawab kalau aku tak pergi sendiri tapak tengok apa masalah yang berlaku.”
“ Ohh macamtu. Ha elok lah kalau kau nak pergi tengok apa yang masalah dekat sana tu. Kau nak aku ikut sekali tak ni ?” soal Fikri.
“ Eh tak payah la aku boleh uruskan sendiri. Kau rileks je dan teruskan berangan tentang majlis pernikahan kau,” gurau Taufik.
“ Hahaha banyak lah kau. Tadi marah aku sangat tak siap kerja ni kau pulak bagi green light suruh aku bersenang lenang fikir hari bahagia aku.”
Saat itu telefon Taufik berbunyi. “ Eh kejap siapa pulak call alu time macamni,”gumam Taufik sambil mengeluarkan telefon dari poket.
“ Hello Su ya ada apa call saya? Ohh meeting dengan client tu harini eh ? Terlupa sungguh saya Su. Nasib awak ingatkan saya balik sebab saya ingat nak pergi ke tapak projek kita dekat Damansara tu dengarnya ada masalah sikit. Pukul berapa dan tempat mana meeting tu Su ? Ohh pukul 3, baik-baik nanti saya terus pergi. Terima kasih Su ingatkan saya balik. Baik, Assalamualaikum.”
“ Kenapa Taufik ?”
“ Ni Suraya call aku cakap aku ada meeting kejap lagi pukul 3. Aku terlupa pasal meeting tu. Tu yang ingat nak pergi Damansara tengok projek kita tu.”
“Eh tak pa lah kau pergilah meeting tu ha biar aku pergi tengok tapak projek kita dekat Damansara tu. Biaraku uruskan pasal hal tu tak apa kau pergilah meeting tu.”
“ Tak apa ke kau pergi ni ? Aku terlupa betul aku ada meeting harini .”
“Boleh je ha kau boleh rileks sikit tak haha. Dah la jom lah aku nak gerak terus ke sana ni ha. Kau pun gerak terus la ke meeting nanti lambat pulak sampai sana.” ucap fikri seraya itu mereka berdua beredar menuju ke destinasi masing-masing.

***************************
Matahari terik memancar menyinari bumi pada tengahari itu. Fikri mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan keretanya di tapak projek tersebut. Selepas mematikan enjin keretanya, pantas dia keluar menuju ke tempat pekerja-pekerja yang sedang membuat kerja di situ. Matanya melilau mencari Khairul yang merupakan pengurus di tapak projek tersebut.

“ Khairul !” Fikri melaung memanggil Khairul
“ Ya Encik Fikri. Saya ingatkan En Taufik yang datang sebab tadi dia ada telefon saya bagitahu yang dia nak datang tengok masalah kat sini.”
“ Tak dia tak boleh datang ada meeting jadi saya yang datang ganti dia. Jadi apa masalah dekat tapak projek kita ni Khairul?”
“Ohh masalah tu di tingkat 15 bangunan yang kita tengah bina ni Encik Taufik. Ada masalah kebocoran paip saluran air. Tapi disebabkan keadaan yang agak bahaya di atas tu jadi semua pekerja tak berani nak ambik risiko untuk naik atas dan tengok sendiri paip yang bermasalah tu,”
“ Tapi saya rasa kalau kita tak selesaikan masalah paip tu projek kita ni takkan berjalan macam biasa kan sebab tersangkut dekat bahagian tu.”
“ Betul tu Encik Fikri tapi keselamatan pekerja-pekerja kita di tempat kerja juga mesti kita utamakan walaupun projek kita akan tertangguh. Nyawa pekerja kita lagi penting Encik. Sebelum ni saya ada minta dekat syarikat untuk sediakan alatan yang lebih baik dari sebelum ini sebab alatan yang lama dah rosak serta menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk pekerja kita naik ke atas tapi sampai sekarang masih tiada jawapan jadi macam mana pekerja kita nak teruskan pembinaan ini andai kata tiada peralatan yang sesuai dan selamat disediakan untuk mereka serta persekitaran tempat kerja yang memberi risiko bahaya kepada mereka?”
“ Ohh macam tu rupanya. Tak apa lah kalau macam tu, biar saya je yang naik ke atas untuk tengok sendiri.” ucap Taufik kepada Khairul.
“ Eh biar betul ni Encik Fikri nak naik ke atas? Bahaya tu Encik, kita tak ada peralatan yang selamat untuk backup Encik sewaktu Encik naik dan berada di atas. Lagipun masalah tu dekat tingkat 15. Risiko tinggi tu Encik Fikri.”
“ Takpa lah rasanya okey kot saya naik kejap tengok sendiri masalah tu. Kalau saya tak naik tak selesai masalah ni dan projek pun tertangguh nanti Encik Taufik pun mesti akan tanya saya boleh urus tak masalah dekat sini. Tak apa saya sorang ke atas dan kalau boleh selesai masalah tu projek pun boleh berjalan seperti biasa.” balas Fikri kepada Khairul yang masih berkeras dengan pendiriannya yang mahu naik ke atas.
Berhati-hati Fikri mengatur langkah untuk naik ke tingkat 15 bangunan itu. Sewaktu sudah sampai di tingkat 3 baru dia teringat dia tidak memakai topi keselamtan yang bewarna kuning itu.tadi Kahirul sudah memberi kepadanya namun dia terlupa untuk memakai sewaktu hendak naik ke atas tadi. ‘Hmm tak ada apa kot kalau tak pakai topi kuning tu. Lagipun kejap je aku naik ke atas’ bisik hati kecilnya. Melihat penampilan dirinya waktu itu bukan seperti di tapak projek tapi seperti dia bekerja di dalam pejabat sahaja lagaknya. Dengan kasut keselamatan tidak tersarung di kaki, topi keselamatan terlupa hendak pakai dengan peralatan yang kurang selamat untuk dia guna andai kata keadaan kurang selamat di tambah pula dengan keadaan persekitraan di atas bangunan itu yang berisiko tinggi. Tapi itu Fikri yang lebih mendahulukan kerja berbanding dirinya. Namun begitu ia bukanlah tiket untuk dia mengabaikan keselamatan dan nyawa dirinya di tempat kerja.
Sampai sahaja di tingkat 15 itu Fikri terus mencari paip yang dikatakan mempunyai masalah itu. Paip itu berada betul-betul di hujung bahagian sudut bangunan itu.

‘ Patut la Khairul cakap bahaya tadi paip tu betul-betul di hujung sana. Di tambah pula dengan tiada peralatan yang selamat dia atas sini.’ Gumam hatinya sendirian.
Dengan berhati-hati dia sampai di hujung sudut bangunan itu. Dirinya betul-betul berada di tepi hujung permukaan lantai dan tiada penghadang langsung di situ. Dengan keadaan dirinya yang tidak lengkap berpakaian di tapak projek betul-betul berisiko tinggi untuk dia berdiri di situ.
Dengan pantas dia memeriksa paip yang bermasalah itu. Namun, malang tidak berbau apabila saat kaki kanannya ingin mendarat di atas lantai sebelah paip itu, entah bagaimana kakinya tergelincir dek kerana terdapat kelompok air yang menyebabkan kakinya licin kerana memakai kasut biasa sewaktu naik ke atas tadi. Lebih malang lagi sewaktu tergelincir dia tidak memaut apa-apa untuk menghalang dirinya dari jatuh ke bawah tambahan pula tiada tali yang digantung pada dirinya untuk menarik dia ke atas semula.
“ Arghhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!” kuat Fikri menjerit namun tiada apa yang boleh membantu dirinya dari terjatuh dari tingkat 15 bagunan itu.

Khairul dan semua pekerja-pekerja situ begitu terkejut mendengar jeritan Fikri dari atas dan dalam sekelip mata sahaja jasad Fikri berada di atas tanah dengan keadaan dirinya yang teruk sekali kerana terjatuh dari tingkat 15. Darah memancut-mancut keluar dari bahagian kepalanya. Sungguh sadis keadaan jasad Fikri waktu itu. Sebak Khairul melihat keadaan diri Fikri. Sungguh malang tidak berbau bisik dirinya. Pantas dia menghubungi ambulans untuk memaklumkan kejadian yang baru sahaja menimpa ketuanya itu.

*************************
Tergamam Taufik apabila dia mendapat panggilan telefon dari Kahirul yang merupakan pengurus tapak projek di Damansara itu. Hampir rebah dirinya saat Kahiruk memberitahu kejaidan yang terjadi di tapak projek yang terjadi kepada Fikri. Saat itu juga dia teringat tentanng gurauannya terhadap Fikrir pagi tadi di dalam bilik pejabatnya. Gurauan tentang kematian dan alam barzakh. Allahuakbar Ya Allah ! hatinya menjerit. Tidak dia sangka gurauan tentang ajal menjemput dahulu sebelum sempat Fikri mendirikan rumah tangga betul-betul terjadi sekarang. Fikri ampunkan aku Fik aku tak berniat langsung atas semua ucapan aku pagi tadi. Sumpah ! Teresak-esak dia menangis mengenakan sahabat baiknya yang telah dahulu pergi buat selama-lamanya. Sungguh sukar untuk dia menerima hakikat bahawa Fikri telah pergi menghadap Illahi dalam sekelip mata sahaja sedangkan baru saja pagi mereka berjumpa sewaktu fikri menceritaka kisah bahagianya itu dan mereka makan bersama sewaktu lunch hour tadi. Tidak dia menyangka tengahari tadi adalah kali terakhir dirinya melihat Fikri.

****************************
Tanpa Taufik sedar mutiara jernih dari matanya jatuh satu persatu di pipinya itu. Setiap kali dirinya teringat kejadian itu, tiap kali itu juga dia menangis mengenangkan apa yang telah terjadi. Sungguh sampai mati dia tidak akan melupakan sahabatnya itu. Perasaan bersalah masih tetap bersarang di dalam hatinya apabila mengingtakan kematian Fikri. Khilafnya juga sebagai pemilik syarikat tidak menyediakan persekitaran dan peralatan yang selamat untuk pekerja di tapak projek itu. Lebih malang lagi kejadian itu menimpan sahabatnya Fikri kerana kebetulan hari itu Fikri pergi melawat tapak projek tersebut. Berkali- kali dia menyalahkan dirinya atas kecuaian yang dia terlepas pandang itu.

*****************************

Sedang Fazlin ralit membuat kerja di hadapan komputer ribanya, telefon bimbitnya berbunyi. Pantas dia menjawab panggilan yang masuk itu.
“ Hello, ini Cik Fazlin Hannan ke ?” suara seorang perempuan lembut menyapa gegendang telinganya.
“ Ye saya Fazlin. Siapa yang bercakap ni ?” soal Fazlin ingin tahu.
“ Saya Suraya setiausaha Encik Taufik dari Cendana Holdings. Haritu cik Fazlin ada call saya untuk membuat janji temu berjumpa dengan Encik Taufik kan ? Encik Taufik cakap esok dia free untuk berjumpa dengan Cik Fazlin pada pukul 10 pagi di pejabatnya.” panjang lebarSuraya menerangkan tujuan dia menelefon Fazlin.
“ Ohh ya Suraya baru saya ingat. Okey Suraya esok pagi saya akan ke sana. Terimakasih banyak Su.” Balas Fazlin ramah.

Begitu tenang Fazlin memandu keretanya menuju ke Cendana Holdings pada pagi itu. Tujuannya untuk mendapatkan kebenaran dan pendengar sendiri penjelasan dari mulut pemilik tunggal Cendana Holdings berkaitan dengan kematian teman lelakinya, Fikri. Biar harini merungkai segala-galanya yang belum terjawab. Biar hari ini segala yang ingin dia tahu diceritakan semuanya harini. Dia sedar menyimpan dendam dan tidak redha atas apa yang terjadi tidak akan menguntungkan sesiapa. Tapi sebelum dia menyerah dan menerima segala yang terjadi, dia bertekad mahu memperjuangkan dan mempertahan kematian Fikri. Dia mahu mancari kebenaran atas kematian Fikri. Tidak sanggup rasanya mahu hidup dalam keadaan sekarang yang sentiasa meratap nasib atas apa yang terjadi. Tidak sanggup rasanya hidup dalam keadaan tidak tenang kerana belum sepenuhnnya memaafkan kesalah orang lain. Ya dia sedar segala yang telah terjadi adalah caturan Allah yang begitu cantik ke atas hidupnya. Salah Cendana Holdings ataupaun memang salah arwah Fikri sendiri ? Biar hari ini akan merungkai segalanya .

“Selamat pagi Su, saya Fazlin Hannan yang awak telefon semalam untuk datang berjumpa denganEncik Taufik” Fazlin menyapa setibanya dia di depan meja setiausaha Taufik itu.
“ Ohh ya Cik Fazlin. Cik boleh masuk ke dalam bilik Encik TAufik dia dah tunggu Cik dari tadi lagi.” ramah Suraya mempelawa Fazlin untuk masuk ke dalam bilik Taufik.
“ Okey Su terima kasih. Saya masuk dulu ye,” Fazlin meinta diri untuk masuk ke dalam.
‘ Bismillahirrahmanirrohim’, bisik hati Fazlin sebelum masuk ke dalam bilik itu.
“ Assalamualaikum Encik Taufik.” Fazlin menyapa seraya masuk ke dalam.
“Waalaikumussalam, yaa Fazlin silakan duduk. Tak payah lah ber encik-encik dengan saya, panggil Taufik je” Bergetar saja suara Taufik menjawab salan Fazlin. Namum dia masih tenang tapi di dalam hatinya siapa yang tahu. Bagaikan mahu pecah sahaja hatinya apabila di hadapannya merupakan orang yang paling dicintai oleh arwah sahabat baiknya, Taufik. Ya, mereka sama-sama kehilangan orang yang mereka paling saying dan dicintai. Tapi lebih terkesan buat FAzlin kerana bagi Taufik, Taufik dan Fazlin baru sahaja membuat keputusan untuk berkahwin tapi apakan daya perancangan Allah lebih hebat. Kita merancang, Allah juga merancang tapi perancangan Allah lebih dari daya kita sebagai manusia.
“ Maaf Taufik kerana saya menggangu masa awak harini. Tapi saya perlu datang dan berjumpa awak berkaitan kematian arwah Taufik 3 bulan yang lepas. Mungkin awak tertanya-tanya mengapa setelah 3 bulan baru saya tergerak hati untuk datang berjumpa dengan awak. Sebab selama 3 bulan ini sukar untuk saya menerima kenyataan bahawa Fikri telah tiada. Sukar untuk saya terima yang dia pergi menghadap Illahi sedangkan malam sebelum tu bari saja saya dengan dia keluar makan bersama dan malam itu juga dia melamar saya dan ingin berkahwin dengan saya. Boleh awak bayangkan tak kalau awak di tempat saya ? Apa yang saya rasakan ini terlalu sakit untuk diubati sampaikan saya mengambil masa selama 3 bulan untuk berani menerima kenyataan bahawa memang Fikri telah tiada.” Panjang lebar Fazli memulakan bicaranya, seraya itu juga ada mutiara jernih jatuh satu persatu di pipinya sewaktu menceritakan kembali kenangannya bersama arwah Taufik.

“ Ya saya tahu Lin saya faham apa awak rasa sebab saya pun rasakan benda yang sama. Kita sama-sama kehilangan orang yang kita sayang. Tiada apa yang membezakan kita sebab saya pun rasakan sakit yang sama. Dah lama saya berkawan dengan arwah Taufik, sama-sama belajar membesar berkongsi segalanya dan saya pun sukar untuk menrima kematiannya. Tapi kita sebagai hamba-Nya mesti yakin,redha dan percaya bahawa apa yang Allah aturkan ini adalah yang terbaik buta kita. Mungkin sekarang kita belum nampak, tapi percayalah siatau hari nanti kita pasti akan nampak hikmahnya jika kita redha atas apa yang terjadi.” Sebak Taufik berbicara.

“ Saya datang untuk meminta penjelasan dari awak dan mencari kebenaran atas apa yang terjadi. Apa yang saya tahu kematian Fikri adalah sewaktu dia sedang bekerja di tapak projek kan ? Dengarnya pihak syarikat tidak menyediakan peralatan yang selamat untuk pekerja bekerja di tapak projek ? awak tahu kan yang sepatutnya pihak majikan perlu memyediakan persekitaran dan alatan yang selamat untuk para pekerja ? saya rasa andai padaketika itu pihak syarikat menyediakan segala kelengkapan yang baik dan cukup untuk setiap pekerja waktu mereka bekerja di tapak projek, kemungkinan segala yang terjadi boleh dielakkan. Dan besar kemungkinan andai arwah Fikri terjatuh sekali dari tingkat 15, sekurang-kurangnya ada yang menghalang dia dari terus terjatuh sekiranya dia dipakai tali pada badannya. Apa yang saya tahu sewaktu dia terjatuh dari bangunan itu, pakaian dan keadaan dirinya memnag tidak lengkap untuk dia naik ke atas untuk melihat sendiri masalah paip di situ. Dan para pekerja awak juga memberitahu saya bahawa kawasan persekitan tapak projek juga tidak selamat untuk mereka bekerja kerana alatan yang tidak cukup dan ada yang telah rosak tambahan pula pihak syarikat seakan-akan tidak mengambilpeduli aoa yang mereka telah suarakan untuk keselamatan mereka sewaktu mereka bekerja. Awak tahu tak Akta Kilang Dan Jentera 1967 [Akta 139] P.U. (A) 114/83 Peraturan-Peraturan (Keselamatan, Kesihatan Dan Kebajikan) Kilang Dan Jentera 1970 bawah peraturan 12 ada menyatakan ‘ Bekerja pada tempat-tempat tinggi, jika seseorang dikehendaki bekerja pada suatu tempat dari mana ia mungkin terjatuh dari setinggi lebih daripada sepuluh kaki cara-cara keselamatannya hendaklah disediakan dan, jika praktik, caracara itu hendaklah termasuk menggunakan talisawat-talisawat atau tali-tali keledar.’ panjang lebar Fazlin bertanya kepada Taufik.

“ Ya saya tahu semua yang terjadi adalah disebabkan oleh kecuaian pihak syarikat. Memang betul semua apa yang awak katakan itu dan saya sebagai pemilik Cendana Holding dengan rasa rendah diri dan betul-betul dari lubuk hati saya paling dalam ingin memohon maaf kepada awak Fazlin Hannan dan juga kepada seluruh keluarga arwah Taufik atas segala apa yang terjadi. Tapi sebelum itu, saya ingin awak tahu yang semua yang terjadi bukannya 100% atas kecuaian pihak syarikat tetapi juga atas kecuaian Fikri sendiri. Sebab apa yang saya tahu, Khairul iaitu pengurus di tapak projek tersebut ada memberitahu saya dia ada melarang Fikri untuk naik sendiri ke atas kerana berisiko tinggi kerana tiada peralatan yang selamat tambahan pula kawasan persekitaran yang tidak selamat untuk sesiapa saja naik tetapi Fikri sendiri yang berkras dan mahu juga naik ke atas walaupun dia tahu risiko yang dia akan hadapi. Dan Khairul juga ada beritahu saya yang dia ada bagi but keselamatan serta topi keselamatan kepada Fikri tetapi Fikri terlupa untuk memakainya. Dan sehatusnya Fikri sebagai pekerja juga perlulah memastikan dirinya berpakaian yang sesuai dan lengkap untuk berada di tapak projek itu. Sepatutnya dua-dua pihak iaitu pihak syarikat dan diri pekerja sendiri yang sama-sama mengatahui dan menyediakan langkah berjaga-jaga sebelum apa-apa terjadi di tempat kerja. Apa yang saya beritahu ini bukan sebab hendak menyalah Fikri sendiri atas kematiannya, tetapi niat saya memberitahu awak semua perkara ini supaya awak tahu dan faham semua yang terjadi bukan adalah kerana kesalahn dari pihak syarikat sepenuhnya. Dan lebih penting lagi saya tanak awak terus-terus menyalahkan saya atas apa yang terjadi dan membenci saya serta sentiada dalam keadaan salah sangka awak terhadap saya. Saya pun turut terasa dengan kematian Fikri sama seperti awak. Saya harap awak sedia memaafkan saya dan pihak syarikat kerana bagi saya apa yang terjadi adalah disebabkan oleh kecuaian kedua-dua pihak. Saya harap awak faham apa yang saya cuba sampaikan ini dan saya harap tiada lagi salah fahan antara awak dengan saya setelah semua yang saya terangkan kepada awak.”tenang Taufik berbicara walaupun hatinya turut terkesan dengan cara kematian Fikri.

“ Sebab itu lah saya datang harini Taufik. Untuk menacri tahu bagaimana kejadian itu boleh terjadi. Adakah salah Cendana Holdings atau pun memang kecuaian Fikri sendiri. Saya faham semua yang terjadi adalah kerana kecuaian Cendana Holding dan juga kecuaian dari Fikri sendiri. Saya datang bukan untuk mencari gaduh mahupun hendak mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya telah terjadi. Lagi pula awak pun telah memberi pampasan kepada keluarga Fikri atas kematiannya dan keluarganya sendiri tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang kepada awak sebab semua yang terjadi mempunyai salah masing-masing. Cuma apa yang saya harapkan dari awak dan dari Cendana Holdings sendiri selepas ini, saya mintak awak sebagai majikan mestilah mengambil berat tentang keselamtan pekerja dan kawasan persekitaran pekerjaan yang lebih selamat untuk para pekerja awak bekerja. Jangan sampai pisang berbuah dua kali Taufik. Cukup atas kecuaian itu, Fikri sorang yang tidak bernasib baik. Saya tidak mahu kejadian seperti itu berulang lagi nanti di masa akan datang. Saya harap sangat awak dapat mengambil tindakan atas apa yang terjadi. Jadikan semua ini sebagai pengajaran untuk awak sebagai pihak majikan untuk mepertingkatkan mutu kerja serta keperihatinan awak terhadap semua pekerja. Itu saja yang saya harpkan dari awak. Dan lagi satu, awak jangan risau saya dah maafkan awak dan meneria semua yang terjadi ini dengan hati terbuka. Saya redha dan ikhlas, dan mungkin ini yang terbaik buat diri saya. Saya rasa apa yang saya cari selama ini sudah saya dapat jawapannya. Terima kasih kerana sudi menerima kedatangan saya di sini. Saya juga nak mintak maaf andai kata sebelum ini saya salah sangka dan marahkan awak dan Cendana Holdings. Terima kasih kerana menerangkan kepada saya atas semua yang telah terjadi. Kalau tiada apa lagi, saya minta diri dulu ye Taufik. Terima kasih atas segalanya” Fazlin meminta diri setelah semua jawapan telah terjawab dari mulut Taufik sendiri.

“ Saya faham sesiapa yang berada di tempat awak pun mesti akan berfikir dan membuat perkara yang sama juga. Saya tidak menyalahkan awak. Saya bersyukur yang awak masih lagi mahu datang dan menyelesaikan semua ini secara baik. Dan saya harap tiada lagi sengeketa antara kita selepas ini sebab selama-lamanya arwah Fikri akan tetap sentiasa di dalam hati kita. Terima kasih Fazlin sebab sudi maafkan saya dan Cendana Holdings.”lembut Fikri membalas ucapan Fazlin.
“ Okey baiklah Taufik tiada gunanya berdendam dan hidup dalam keadaaan tidak tenang kerana tidak maafkan seseorang. Saya buat semua ini untuk kebaikkan semuaoihak baik untuk diri saya, untuk awak dan Cendana Holding dan juga untuk arwah Taufik tenang di sana. Saya balik dulu ye, assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”balas Taufik. Matanya setia menghantar kepergian Fazlin keluar dari bilik pejabatnya itu. Lega hatinya setelah semuanya selesai dengan cara yang baik. Rasa hilang beban yang ditanggung di bahunya setelah Fazlin sedia memafkan dirinya serta Cendana Holding. Akhirnya semua berakhir dengan begitu baik sekali walaupun semua itu tidak mampu untuk kembalikan Fikri yang telah dijemput Illahi 3 bulan yang lepas. Aku bersyukur kepadaMu Ya Rabb. Terima Kasih Allah.

*******************************

Ralit Fazlin memerhati matahari yang sedang terbenam di pantai itu. Rutin mingguannya selama 3bulan lepas selepas kematian Fikri. Namun kali ini datang dia ke pantai ini bukan untuk merenung nasib yang telah terjadi. Pulangnya ke kampung kali ini membawa harapan baru semangat baru dan diri baru dalam kamus hidupnya. Terasa begitu tenang hidupnya selepas kejadian di Cendana Holding minggu lepas. Sungguh benar kata-kata ibu dahku. Jika kita redha dan ikhlas atas apa yang sememangnya telah terjadi, percayalah ketenangan itu pasti akan mengekori hidup kita. Dan ya sekarang dia sedang menikmati ketenangan yang sangat berharga buat dirinya itu. Jauh di sudut hati, setiap saat dia terkenangkan arwah Fikri. Namun tiada guna dia terus menyakitkan dirinya dengan mempersoalkan takdir yang terjadi. Dia sedar dia lebih tenang jika dia redah dan ikhlas. ‘ Tenanglah Fikri di sana semoga awak berada di kalangan orang-orang yang beriman, saya di sini sentiasa mendoakan awak. Terima kasih kerana telah mengajarkan saya sesuatu dari kejadian yang menimpa awak,” bisik hati kecilnya. Akhirnya dia sedar, walau apa punyang telah Allah aturkan, semuanya berhikmah cuma tinggal dia saja untuk terus mencari gali hikmah yang Allah sembunyikan. Maafkan aku Tuhan andai suatu katika dahulu aku menyalahkan takdirMu atas semua yang terjadi.


DINA WAHIDA RUSLAN
AMIR HAMZAH SHARAAI

***** TAMAT *****

dibaca
1054
IMEJ RAWAK
ARTIKEL
Sustainable Living
Jalan yang dipilih
Bangkit
Teknik Lakonan Dalam Penghayatan Konsep Penilaian Kitar Hayat
BLOG