A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
YBHG. PROFESOR DR. ZULKARNAIN BIN ZAINAL
PROFESOR
FAKULTI SAINS
zulkar
BM
EN

SELAMAT DATANG



Zulkarnain Zainal adalah pensyarah di Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia sejak 1989. Dia memperolehi ijazah pertama dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan PhD dalam bidang Kimia daripada University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), United Kingdom. Beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya pada tahun 1997 dan seterusnya Profesor pada tahun 2005. Beliau juga merupakan penyelidik bersekutu di Makmal Sains Bahan dan Pencirian di Institut Teknologi Maju dan penyelidik di Pusat Penyelidikan Katalisis UPM. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Kimia, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Timbalan Dekan di Sekolah Pengajian Siswazah UPM . Penyelidikan beliau adalah adalah di dalam bidang kimia bahan terutamanya elektrokimia semikonduktor. Kerja penyelidikan beliau melibatkan penyediaan bahan semikonduktor menggunakan kaedah elektrokimia dan penggunaannya di dalam penukaran tenaga. Dalam pada itu, dia juga menjalankan penyelidikan berkaitan bahan fotomangkin dan superkapasitor. Melalui kerjasama dengan penyelidik lain beliau juga terlibat dengan penyelidikan berkaitan dengan bahan dan teknologi nano. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 170 makalah di dalam jurnal berindeks petikan dalam bidang penyelidikannya dan mendapat berbagai anugerah hasil pencapaian beliau.

Beliau boleh dihubungi melalui
Emel: zulkar@upm.edu.my
Tel: +603 89466839/6810
Fax: +603 89435380