A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
PROF. MADYA DR. ZULFITRI 'AZUAN BIN MAT DAUD
KETUA JABATAN
JABATAN DIETETIK
zulfitri
BM
EN

SELAMAT DATANG



Selamat datang ke laman web peribadi saya. Kecenderungan penyelidikan saya adalah dalam bidang pemakanan klinikal terutamanya berkaitan dengan pemakanan lipid dan pemakanan untuk pesakit buah pinggang kronik. Menyingkap pengalaman PhD yang lepas - saya telah menjalankan penyelidikan yang melibatkan intervensi pemakanan di kalangan pesakit ginjal kronik yang menjalani rawatan hemodialisis. Intervensi yang dimaksudkan adalah termasuk pemberian supplemen asid lemak omega-3, protein terhidrolisis, dan vitamin E tokotrienol melibatkan kohort pesakit yang berbeza.

Selain itu, saya juga sedang meneroka bidang 'metabolomics', yang merupakan salah satu cabang dalam bidang 'omics'. Kaedah metabolomics ini digunapakai untuk mengenalpasti perubahan dalam profil metabolit seseorang, selepas intervensi pemakanan dijalankan.