A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
LT. KOLONEL OTHMAN BIN JAILANI
PENSYARAH KANAN
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
obj
BM
EN

SELAMAT DATANG



Lt Kol Othman bin Jailani mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Binjai, Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor. Beliau kemudian menyambung di peringkat menengah di Sekolah Menengah Rendah Tongkang Pecah dan Sekolah Dato’ Bentara Luar. Seterusnya ke Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur mengikuti program Matrikulasi. Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Sains Nuklear daripada Universiti Kebangsan Malaysia dan Master Sains dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling daripada Universiti Putra Malaysia. Beliau memulakan kerjaya di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1987 sebagai Guru Sains. Kemudiannya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Pendidikan pada tahun 2001. Pada tahun 2006 beliau dilantik sebagai salah seorang dari Pegawai Kanan UPM dan telah diberi tanggungjawab pentadbiran sebagai Pengarah Keselamatan. Beliau juga telah dilantik sebagai Timbalan Komandan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM. Beliau terlibat dengan aktiviti penyelidikan dan perundingan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam bidang bimbingan dan kaunseling khususnya yang berkaitan dengan kaunseling sekolah dan kaunseling kerjaya. Beliau juga terlibat dengan konsultasi dan khidmat masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Beliau terlibat aktif dalam aktiviti sukarela seperti Rejimen Askar Wataniah, Persatuan Ibubapa dan Guru dan aktiviti kemasyarakatan.