Latihan Bencana Alam, pelajar lebih bersedia
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMMII), Kumpulan 1 di bawah Kursus Kurikulum Berkredit (KKB) Pusat kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UPM Serdang dan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UiTM Selangor telah mengadakan Program Perkhemahan Latihan Bencana Alam BSMM 2024 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 3 hingga 5 Mei 2024 bertempat di Teratak Riverview, Hulu Bernam, Selangor.