UPM merupakan Institusi Pendidikan Tinggi yang memfokuskan pertanian dan bereputasi antarabangsa
UPM adalah satu-satunya universiti yang menerajui bidang pertanian yang tidak menghadkan kepada tanaman untuk makanan termasuk penternakan, veterinar dan perhutanan, selain penerokaan disiplin ilmu yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat dan negara.