Pelantikan Sebagai CEO@PTJ di Fakulti Ekologi Manusia Bagi Sesi 2024-2025
Seri Kembangan, 8 Mei 2024 – Satu sesi serahan surat lantikan CEO@PTJ dan perbincangan ringkas telah dijalankan bersama Encik Mohd Norashedy Ab Rashid, Ketua Pegawai Eksekutif Usaha Jana Sdn Bhd, yang telah dilantik sebagai CEO@PTJ bagi Fakulti Ekologi Manusia bagi tempoh satu (1) tahun bermula 1 April 2024 hingga 31 Mac 2025.