A
PROFILE
UPM's Staff Profile
DR. ROZITA BINTI CHE RODI
PENSYARAH KANAN
FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
ita_cherodi
BM
EN

WELCOME



ROZITA BINTI CHE RODI (Ph.D) merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), mengkhusus dalam bidang Semantik; Semantik Budaya, Semantik Leksikal, Medan Semantik, Falsafah, Pemikiran dan Peradaban Melayu. Selama berkhidmat di UPM, beliau telah menghasilkan empat puluh (40) artikel yang telah diterbitkan dalam Citation Indexed Journal (CIJ) dan Non-Citation Indexed Journal (Non-CIJ), dua belas (12) artikel bab dalam buku dan empat puluh (40) kertas prosiding dalam persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga telah memenangi lapan (8) hadiah pameran penyelidikan di peringkat UPM, kebangsaan dan antarabangsa yang disertainya. Antaranya, dua pingat perak (Kategori Perisian Komputer dan Pendidikan) di International Innovation Product Exposition (INPEX 2010) di Pittsburgh USA, pingat emas di Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi UPM (PRPI 2010), pingat emas di Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi UPM (PRPI 2011), pingat perak di International Conference Exposition on Invention of Institutions of Higher Learning (PECIPTA 2011), selain turut memenangi tiga pingat gangsa, iaitu di Malaysia Technology Expo (MTE 2012), di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2012) dan di Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi UPM (PRPI 2012).

Pada tahun 2014, beliau telah memenangi Anugerah Kertas Kerja Terbaik dalam Seminar Antarabangsa Psikolinguistik III (SEAPSIL III). Pada tahun 2017 pula, beliau sekali lagi telah memenangi Anugerah Kertas Kerja Terbaik (Kategori Bahasa) dalam The 6th Kuala Lumpur International Communication, Education, Language & Social Science Conference 2017 (6th KLiCELS 2017). Selain itu, beliau juga telah menghasilkan tiga (3) buah buku untuk tujuan bacaan dan rujukan umum bertajuk 1) Halaman Adat Istiadat Raja D?~@~YRaja Kelantan, 2) Bahasa Melayu Kelantan: Menggali Ilmu Menyusur Warisan dan 3) Bahasa Istana D?~@~YRaja Kelantan: Mercu Kegemilangan Budaya.

Beliau juga pernah mengikuti kursus penyelidikan Pasca Doktoral di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, United Kingdom selama 2 tahun, iaitu bermula September 2015 hingga Ogos 2017 dengan tumpuan kajian bertajuk ?~@~Nurud?~@~Ydin ar-Raniri?~@~Ys Bustanus Salatin Pertaining to His Counsel to the Sultan of Aceh?~@~]. Sehingga kini, beliau terus aktif melakukan penyelidikan dalam bidang kebahasaan yang mengkhusus kepada Semantik; Semantik Budaya, Semantik Leksikal, Medan Semantik, Falsafah, Pemikiran dan Peradaban Melayu.