A
PROFILE
UPM's Staff Profile
ENCIK ASRIZAM BIN ESAM
PEGAWAI PENYELIDIK
OFFICE OF THE DEPUTY VICE CHANCELLOR (RESEARCH & INNOVATION)
asrizam
BM
EN

Skyridder Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2022

- 19 Sep 2022
Penerangan Hasil Inovasi

• Ringkasan hasil inovasi

Bunting atau gegantung menjadi pilihan pengiklanan program utama di UPM menyebabkan banyak dawai ditinggalkan. Kerja pemasangan gegantung /bunting baharu menjadi sukar disebabkan dawai lama dan serpihan bunting ditinggalkan pada tiang lampu disekitar UPM setelah tamat setiap program di jalankan.

Kaedah semasa menggunakan tangga yang sukar dan risiko terjatuh tangga sewaktu menurunkan bunting menyebabkan dawai ditinggalkan terbiar.
Dawai lama dan serpihan kayu turut mencemarkan pemandangan dan memberi imej negatif kepada warga luar negara

Penggunaan tangga yang berat dan setiap lokasi tiang lampu mempunyai pelbagai halangan seperti ruang sempit, pokok, longkang, pembahagi jalan. Terdapat juga alat khas yang diimport dengan kos yang tinggi dan mempunyai limitasi daripada capaian ketinggian.Kurang kesedaran terhadap dawai yang ditinggalkan mencemarkan alam sekitar dan pemandangan

Alat inovasi Skyridder – alat pemotong dawai pemegang tunggal, yang telah digunapakai di dalam UPM ini sejak tahun 2019, akan dapat membantu komuniti terutamanya menyelesaikan masalah ini. Skyridder pula dapat mempercepatkan 80% masa kerja membuang dawai berbanding penggunaan tangga, hanya memerlukan seorang pengendali berbanding 2 hingga 3 orang, mampu mencapai ketinggian 5.5 meter dari aras tanah dan hanya seberat 1.7kg.

Tujuan projek Inovasi;

1. Mengatasi masalah yang sering dihadapi staf membuang dawai pada tiang lampu setiap kali program dijalankan di sekitar UPM iaitu ;

a. Kesukaran membawa tangga yang panjang, berat dan memerlukan kenderaan jabatan yang besar (pajero) setiap kali kerja memasang bunting pada aras yang tinggi.

b. Penggunaan tangga menyebabkan staf berisiko terjatuh dari tangga disebabkan permukaan tanah sekitar tiang lampu yang tidak rata untuk meletakkan tangga, kawasan-kawasan sempit yang sukar dicapai, berhalangan (terhalang pokok dan penghadang jalan) dan tiang yang berdekatan jalanraya utama dan melibatkan banyak kenderaan.

c. Mengambil masa yang lama di bawah keadaan panas semasa pemasangan bunting menyebabkan kerja pemasangan dibuat oleh pihak kontraktor luaryang meningkatkan kos jabatan.

2. Memastikan persekitaran bersih daripada dawai karat dan serpihan gegantung yang mencemarkan pemandangan dan kebersihan persekitaran UPM yang telah mendapat pengiktirafan Green Campus.

3. Meningkatkan tahap keselamatan staf semasa bekerja selaras dengan Dasar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH) Universiti Putra Malaysia 2013.


Impak inovasi terhadap kumpulan sasar

4. Pekerja universiti atau agensi yang berkaitan kerja penurunan gegantung atau pembersihan dapat ditingkatkan tahap keselamatan semasa bekerja.

5. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membuang sisa gegantung dan iklan haram terutamanya yang digantung di tiang lampu dan elektrik dikawasan tumpuan utama, tempat awam mahupun di kawasan komuniti. PBT seluruh Selangor telah menurunkan 1.9 juta iklan haram (2015) dan sebahagiannya melibatkan pencemaran tiang lampu/elektrik ini.

6. Sehingga kini kesan pencemaran dawai karat serta sepihan gegantung pada tiang lampu masih dapat dilihat begitu banyak dan mencemarkan pemandangan serta persekitaran yang memberi imej yang negatif kepada masyarakat mahupun pelancong asing. Lambakan dawai karat yang hampir menutupi sebahagian tiang dapat diperhatikan dengan jelas di sepanjang lebuh raya Utara Selatan, Sungai Besi Kuala Lumpur.

7. Lambakan dawai karat dan iklan haram juga banyak di dapati di kawasan komuniti yang berada di luar lingkungan pembersihan PBT. Terdapat warga komuniti sebahagiannya yang kurang kesedaran terhadap kebersihan tiang ini. Hal ini terjadi disebabkan kesukaran membuang dawai atau iklan haram yang digantung tinggi disebabkan penggunaan tangga yang sukar di pelbagai keadaan muka bumi dan halangan pokok, longkang dan sebagainya.

8. Penggunaan alat inovasi Skyridder akan dapat membantu komuniti terutamanya menyelesaikan masalah ini dan seterusnya kempen kesedaran terhadap kebersihan tiang lampu/elektrik melalui Program Bebas Dawai boleh diberikan kepada pihak komuniti selain panduan pembuangan dawai atau iklan haram yang selamat pada tiang lampu



read by
537
RANDOM IMAGE
Media Skyridder Asrizam Esam Sinar Harian News
3rd Projek 1RIA4U - HKIP UPM 2916
Media Skyridder Newspaper Tribun Putra UPM
LATEST ARTICLE
MRANTI -UPM wins top award for tool to hang posters
Determinants of organizational practices & research culture for the enhancement research performance
One Research & Innovation Activity for University Module -Productivity Champion MPC
LATEST BLOG